Showing posts with label Kembara ini. Show all posts
Showing posts with label Kembara ini. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

Batu Belah Batu Bertangkup dan Masak Pais Bakar Dalam Daun Pisang






Batu Belah Batu Bertangkup dan Masak Pais Bakar Dalam Daun Pisang

Asalnya nak jengok-jengok ala window shopping sahaja di RnR Semanggol Belah Selatan ini. Biasanya di sini jarang sekali berjuadah, hanya berhenti mengisi petrol, touch n go atau toilet sahaja.

Kali ini terjeling Telur Ikan Tongkol. Walaupun lebih berahi Telur Ikan Duri yang berguli-guli itu, terasa tekak sudah menelan air liur apabila melihat telur yang berkeping ini.

Selain dari terkenang filem Batu Belah Batu Bertangkup (Telur Ikan Tembakul), ianya mengembalikan nostalgia masakan arwah nenek bermenu Telur Ikan Masak Pais Parutan Kelapa Berbalut Daun Pisang dibakar arang.

Sehari dua ini nak cari Telur Ikan Duri Masak Gulai dan Masak Lemak pula.

Sekarang musim ikan mengawan dan bertelur ke?


Sumber internet

Sunday, October 04, 2015

Peknga Ikan Seekor.Titi Bakong Yan











Peknga Ikan Seekor.Titi Bakong Yan

Cadangan asal nak bersarapan dengan Pulut Tanak dan Ikan Masin. Singgah 2 kedai, dua-dua kedai Pulut sudah habis walaupun jam baru pukul 8 am.

Pucuk dicita, Ulam mendatang.

Terjumpa kedai Peknga Ikan Seekor.

Selain kuah ikan, tersedia juga pilihan untuk dicicah gula atau susu.

Saturday, October 03, 2015

Ahad 4 Okt 2015 Weekend Ride - Ipoh. Kuala Gula (kenduri kahwin), Kuala Sepetang (Mee Udang Gerai Tanpa Nama) dan Lembah Kuala Kangsar.















Ahad 4 Okt 2015 Weekend Ride - Ipoh. Kuala Gula (kenduri kahwin), Kuala Sepetang (Mee Udang Gerai Tanpa Nama) dan Lembah Kuala Kangsar. 

Berjumpa kembali dengan Azmi Abd Rahman​, selepas 30 tahun tidak ketemu. Sama-sama Geng Dayabumi semasa mid 80s. Owner lama GSXR400 dan Katana Savana.

Wednesday, September 30, 2015

Kari Kambing di Restoran Nasi kandar Padang Kota, RTC Gopeng




Kari Kambing di Restoran Nasi kandar Padang Kota, RTC Gopeng

Seorang kenalan lama (dia otai gadget komunikasi di Taiping, callsign pun nama dia!) mencadangkan saya mencuba Kari Kambing di Restoran Nasi Kandar Padang Kota, RTC Gopeng.

Kerap juga saya singgah di RTC ini tetapi hanya mencuba Roti Canai Kuah Campur sahaja. Tidak pernah makan nasi di sini.

Semalam saya mencuba Kari Kambing ini. Untuk mengelakkan lidah terkhilaf dengan menu lain, saya hanya order Kari Kambing dengan Roti Canai Kosong.

Saya akan berterima kasih kepada kenalan lama saya ini, Kari Kambing ini memenuhi citarasa saya. Dagingnya lembut dan kuahnya cukup rasa.


Memang akan repeat order lagi kalau saya melalui RTC Gopeng ini kelak.

Porridge dengan condiments






Porridge dengan condiments

Masih belum sempurna walaupun sudah ada Telur Masin Rebus, Ikan Bilis Goreng, Kacang Goreng, Jeruk Halia, Jeruk Lobak, Kicap Manis, Minyak Bijan dan Daun Sup.

Masih mencari condiments penuh seperti Bawang Goreng, Ikan Jeruk Masin Goreng Hancur, Ikan Bilis Halus Goreng (warna puteh yang biasanya dibuat Belacan atau Budu),  Lobak Masin Goreng, Serbuk Lada dan sudah tentu Cakui atau Pakocok.

Biasanya disediakan Porridge Kosong atau Porridge Ayam. Ada juga disediakan Porridge Udang. Saya lebih suka Porridge Ayam campur Udang. Pilihan utama sudah tentu  Porride Daging


Tiba-tiba teringat Porridge Berlauk Kampung Baru. Selain maneka auk, ada perlbagai sayur untuk condimentsnya.

Monday, September 28, 2015

Mee Kari Marry Brown






Mee Kari Marry Brown

Saya pernah makan Mee Kari Marry Brown sebelum ini tapi tak perasan pula condiments dan vege-nya yang banyak.

Semasa berpeleseran di dinding cermin Marry Brown di BREM Mall KL sebentar tadi. Saya ternampak seorang pelanggan baru sedang hendak menikmati Mee Kari. Condiments dan vege yang terampai di permukaan Mee Kari itu menghairahkan saya untuk mengordernya.

Cuma ada satu jenis vege iaitu Sayur Kacang Panjang sahaja. Saya mengharapkan ada vege lain seperti Terung ataupun Salok Cabai.Untuk banyakkan vege, saya side order iaitu Salad Vege. Condimens yang disangka hanyalah ketulan Isi Ayam Goreng, ingatkan ada pelbagai Isi Makanan Laut.

Bagaimanapun kuah Mee Karinya no bad! Ada pula kerusi bersandar macam di Restoran Selamat Bagan Serai. Malah ada kerusi buaian. Rasa nak cuba tapi takut pening pula makan sambil berayun ini. 

USA? Udang, Sotong dan Ayam?




USA? Udang, Sotong dan Ayam?

Kata seorang kenalan, perkataan USA pada menu Nasi Goreng USA itu adalah singkatan Udang, Sotong dan Ayam.

Baru lepas order dan makan Nasi Goreng USA di belakang BREM Mall / Crystal Crown Hotel KL.

Rasanya ini Nasi Goreng DTB - Daging, Telur dan Bawang!

Saturday, September 19, 2015

Basah tekak di tepi jalan






Basah tekak di tepi jalan

Tiada yang lebih mengasyikkan apabila dalam berperjalanan sama ada berkereta atau bermotosikal apabila dapat membasahkan tekak di tepi jalan perjalanan dengan Air Kelapa Segar tanpa ais dan tanpa gula.