Friday, October 21, 2011

Kemanusiaan vs kebinatangan


Kemanusiaan vs kebinatangan

Klik di sini untuk gambar-gambar lain.

Tuesday, October 11, 2011

Porridge @ Bubur Nasi


Porridge @ Bubur Nasi

Sememangnya aku "hantu" Porridge atau Bubur Nasi. Boleh rujuk posting-posting lama aku dalam blog OKOB ini.

Pagi tadi semasa meninjau-ninjau di rak makanan The Store berhampiran rumah, aku ternampak cawan Porridge atau Bubur Nasi. Pertama kali aku berjumpa. Terus sambar 6 cawan!

Biasanya kalau berpergian dengan kapal terbang, aku akan bawa sebungkus dua mee segera untuk pengalas perut jika lapar terutama di waktu malam. Biasanya kalau tidak membawa kenderaan sendiri, aku lebih suka bermalasan di dalam bilik hotel walaupun acap kali dipelawa kenalan atau pelajar untuk keluar.

Aku akan menaiki flight petang ini di Penang Airport dengan membawa 2 cawan Porridge sebagai ration 3 malam bermalasan di dalam bilik hotel.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Ashtray Forever - gerenti tak pecah!



Ashtray Forever - gerenti tak pecah!

Bila Mus Speedrider meninggalkan catatan mengenai ashtray bekas peluru, aku teruja untuk mengambil gambar ashtray dulunya milik orangtua aku dan kini dimiliki oleh anak jantan aku seorang itu yang mempunyai banyak dan pelbagai koleksi barangan tentera.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, September 26, 2011

Keselamatan Jalan Raya

Military Bullet Box untuk dijual


Military Bullet Box untuk dijual

Pernah tengok siri tv realiti The Pickers di History Asia, Astro Channel 555?

Siri dengan judul asalnya American pickers ini berkisar 2 rakan, Mike Wolfe dan Frank Fritz mengembara seluruh Midwestern United State dengan van Mercedes Sprinter mereka mencari pelbagai barang “pengumpul” (collectibles) yang boleh dijual semula.

Ini adalah siri tv baru yang menjadi kegemaran aku dan anak jantan aku seorang itu. Sebenarnya dengan mempunyai minat dan hobi yang sama sebagai “pengumpul”, menjadi cita-cita kami 2 beranak untuk dikenali sebagai “Malaysian Pickers”.

Untuk kali ini, Pengurus Jualan saya ada memiliki 20 unit Military Bullet Box dalam keadaan baik untuk dijual. Kotak kedap udara yang tahan lasak ini amat sesuai dijadikan bekas menyimpan barangan peribadi atau dijadikan barangan “collectibles”.

Military Bullet Box untuk dijual. Ada 20 unit.
Saiz tinggi x panjang x lebar : 18 cm x 28 cm x 14 cm (7” x 11” x 5.5 ”)
Berat 2.75 kg.
Harga RM 30.00 net.
Cash & carry at specified date collection point KL, Ipoh & Prai. Atau di Taiping bila-bila masa.
Hubungi: muhammadnurhakim@gmail.com



lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Siri The Pickers bermula dengan kata-kata aluan berikut-

“I'm Mike Wolfe and I'm Frank Fritz, and we're pickers. We travel the back roads of America looking for rusty gold. We're looking for amazing things buried in people's garages and barns. What most people see as junk, we see as dollar signs. We'll buy anything we think we can make a buck on. Each item we pick has a history all its own and the people we meet are a breed all their own. We make a living telling the history of America...one piece at a time.”

Saturday, September 24, 2011

Teratai Lake Garden Taiping












Teratai Lake Garden Taiping

Walaupun telah dimaklumkan oleh pekerja taman MPT, Teratai “baru bersalin”, aku dan anak jantan aku seorang itu tidak melepaskan peluang tidak ke mana-mana minggu ini, dengan sesi “shooting” kami hari ini.

Berbekal kamera DSLR, lensa dan tele zoom serta juga beberapa compact digital camera, kami memulakan sesi “shooting” 2-beranak.

Bila Teratai kembang segar nanti, kami akan kembali lagi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






Teratai Lake Garden Kamunting


Teratai Lake Garden Kamunting

Semasa pertama kali berkunjung ke sini dahulu aku tidak membawa tele zoom. Beberapa hari lepas aku hadir kembali untuk merakam gambar tumbuhan kegemaran aku ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/