Saturday, August 16, 2014

Amalan arwah MYB (Roda-Roda)



Amalan arwah MYB (Roda-Roda)

Antara amalan arwah MYB (Roda-Roda) yang aku teladani. Dulu arwah usung aku ke Gentali dan Mok di Jalan Ipoh, MSC (Aheng) di PJ dan Chia di Sea Park.

Hari ini aku memperkenalkan anak jantan aku seorang itu kepada Panjang Guangyih, antara kedai service superbike di Taiping. Cuma aku tak cakap macam ini sahaja - "Panjang, terima le anak aku ini. Buat apa sahaja, jangan kau butakan mata dan patahkan tangan dia sahaja. Yang lain buatlah sesuka hati kau " 

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com




Papan tanda yang amat dirindui


Papan tanda yang amat dirindui

Inilah papan tanda yang amat dirindui setelah keluar berperjalanan. Home sweet home.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecikorangbesar.blogspot.com



The Sojer GT250C vs The B Er6N 1st Time Weekend Ride

The Sojer GT250C vs The B Er6N 1st Time Weekend Ride

Hari ini kali pertama aku ride bersama anak jantan aku seorang tu dengan menunggang motosikal masing-masing. Sebelum ini dia setia menjadi pembonceng aku.

Kali pertama juga The Sojer mencapai Top Gear. Maaflah The B kerana ke mana sahaja berhenti mesti The Sojer menjadi tumpuan. Malah semasa perjalananpun The Sojer disapa bunyian horn kenderaan lain.

Highway sudah untuk Top Gear, nak tunggu hari dan masa untuk bermain gear di corner pula. Mungkin kali nak bawa orang rumah aku seorang itu juga. Apa yang pasti seat The Sojer memang selesa untuk dibonceng.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com 


















Monday, August 11, 2014

Kelas Pecutan Terakhir PT3 Nurul Iman Kamunting





Kelas Pecutan Terakhir PT3 Nurul Iman Kamunting
Sebentar tadi baru selesai kelas pertama Pecutan Terakhir PT3 yang turut disertai pelajar Tahun 1 dan 2 Penghuni Rumah Nurul Iman Kamunting. Pembelajaran secara bersantai. Anak-anak yang lain membuat kerja sekolah di samping mencuba latihan di buku-buku rujukan yang telah disumbangkan.
Kami masih memerlukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris.



Kelas pertama Nurul Iman 11 Ogos 2014




Kelas pertama Nurul Iman 11 Ogos 2014 

Alhamdulillah mulai hari ini dan 3.00pm tadi, sudah ada yang akan membantu pelajaran anak-anak penghuni Nurul Iman Kamunting. Kelas pertama untuk pelajar UPSR dan disertai oleh pelajar Tahun 1 - 5. Terima kasih kepada semua yang telah, sedang dan bakal membantu. Kami masih memerlukan pengajar Bahasa Inggeris SPM dan PT3. Jika berhasrat untuk membantu, hubungi penyelaras Lukman Wan Mat Daud 0195582626 tel/whatsup/sms. Pada masa yang sama,pohon doa dari tuan/puan untuk kejayaan anak-anak ini.

Sunday, August 10, 2014

Prelude Kelas Pecutan Terakhir SPM, PT3 & UPSR 2014 utk penghuni Rumah Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Kpg Pinang, Kamunting














Prelude Kelas Pecutan Terakhir SPM, PT3 & UPSR 2014 utk penghuni Rumah Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Kpg Pinang, Kamunting


Alhamdulillah dan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang tenaga, ilmu dan pengalaman seperti berikut. Kelas akan bermula esok Isnin 11 Ogos 2014. Pada masa yang sama kami masih memerlukan pengajar subject lain terutama Bahasa Inggeris. Mereka yg ingin menyumbang tenaga bolehlah menghubungi penyelaras Lukman Wan Mat Daud 0195582525 tel/sms/whatsup

Cikgu Rohayu, Math SPM
Cikgu Munir, Sains SPM
Cikgu Kamarul, Math PT3
Cikgu Munirah, Sains PT3
Cikgu Rabiatul, BI/BM, Sek Ren
Cikgu Fizatul, Math/BM UPSR
Ustazah Ayuni, Al Quran
Ustazah Fadilah, Fardhu Ain

Monday, August 04, 2014

Tandas Tambahan PLUS


Tandas Tambahan PLUS

Syabas PLUS! Sebagai pengguna tegar lebuhraya dan juga pembayar tol, keprihatinan pihak PLUS menyediakan tandas tambahan di hentian sebelah (laybay)) sempena musim perayaan ini amatlah dihargai.

Syabas dan terima kasih PLUS