Monday, October 12, 2015

Set Tom Yam & Set Pulut Kuning – berkongsi rezeki dengan 0- anak yatim & warga emas















Set Tom Yam & Set Pulut Kuning – berkongsi rezeki dengan 0- anak yatim & warga emas

Alhamdulillah, Program kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) minggu lepas telah disumbangkan oleh seorang Hamba Allah Taiping berupa set Nasi Puteh, Tom Yam, Telur Dadar,Ikan Kering, Sambal Belacan Timun & Tembikai pada Khamis 8 Oktober 2015 (disediakan oleh Caterrer Cargaz Café Meela on Wheels, 017 7301 0161 Sdr. Rafaie.

Sekeluarga Hamba Allah lagi semperna kelahiran cahaya puteri sulong mereka (Eisya Nurcinta) turut berkongsi rezeki set Pulut Kuning, Gulai Ayam Kentang, Bihun Goreng Telur Mata dan Kuih pada Ahad 11 Oktober 2015 (disediakan oleh Wan Catering, 017 439 3734 Kak Atun).

Semoga diberkati-Nya amalan dan dimurahkan-Nya rezeki penyumbang-penyumbang melalui KaT ini.

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni).

Rumah-rumah amal/kebajikan tersebut ialah:

 i. Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Perwira Kmtg (35 penghuni),
ii. Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai (15 penghuni),
iii. Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy  Kpg Ekspo Kmtg  (25 penghuni) &
iv. Rumah warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg (15 penghuni) (15 penghuni)

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan ataupun hari tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT) - Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(ii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322


*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

Friday, October 09, 2015

Sumbangan t-shirt I'm





 

Sumbangan t-shirt I'm

Alhamdulillah syukur ribuan terima kasih kepada seorang Hamba Alllah Taiping yang menyumbanglan t-shirt I'm ini kepada anak-anak miskin & yatim penghuni Kediaman Cahaya Ain​ Bagan Serai dan anak-anak miskin & yatim tafiz penghuni Amal Nur Qaseh Kpg Perwira Kamunting serta Komuniti Amal Taiping (KaT).

Hamba Allah yang sama juga sebelum ini telah menyumbang telekung, sejadah, jubah, serban kepada anak-anak ini serta baju kurung dan baju melayu kepada warga emas (p) Al-Ikhlas Rozy Kpg Ekspo dan warga emas (l) Aminur Ain Kpg Ekspo, Kamunting. 

Semoga amalan Hamba Allah ini diberkati-Nya, dimurahkan rezeki dan dipelihara kesihatan seisi keluarga. Aaminnnn

Sunday, October 04, 2015

Peknga Ikan Seekor.Titi Bakong Yan











Peknga Ikan Seekor.Titi Bakong Yan

Cadangan asal nak bersarapan dengan Pulut Tanak dan Ikan Masin. Singgah 2 kedai, dua-dua kedai Pulut sudah habis walaupun jam baru pukul 8 am.

Pucuk dicita, Ulam mendatang.

Terjumpa kedai Peknga Ikan Seekor.

Selain kuah ikan, tersedia juga pilihan untuk dicicah gula atau susu.

Saturday, October 03, 2015

Ahad 4 Okt 2015 Weekend Ride - Ipoh. Kuala Gula (kenduri kahwin), Kuala Sepetang (Mee Udang Gerai Tanpa Nama) dan Lembah Kuala Kangsar.















Ahad 4 Okt 2015 Weekend Ride - Ipoh. Kuala Gula (kenduri kahwin), Kuala Sepetang (Mee Udang Gerai Tanpa Nama) dan Lembah Kuala Kangsar. 

Berjumpa kembali dengan Azmi Abd Rahman​, selepas 30 tahun tidak ketemu. Sama-sama Geng Dayabumi semasa mid 80s. Owner lama GSXR400 dan Katana Savana.

Kembali ke sekolah



Kembali ke sekolah

Sabtu 3 Okt 2015

Berkongsi pentas dengan Prof Dr Hj Ismail Abustan​, USM dan Shamsul Anuar, Mimos GM (sama-sama SIS Batch8084) serta ramai lagi (Zul Azit, Mat Isa, Aziz Musa, Haizam, Che Azhar, Dato Rahman, Syed Salim, Daud, dan Hosn), kembali ke sekolah untuk pecutan terakhir dan motivasi pelajar SPM

Thursday, October 01, 2015

Rangka Ayam atau Isi Ayam pilhan anda?



Rangka Ayam atau Isi Ayam pilhan anda?

Kadang-kadang mengunyah Rangka Ayam ini lebih asyik dari Isi Ayam.

Rangka Ayam atau Tengkorak Ayam?

Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting






Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting

Sudah dua kali penghuni empat rumah amal bawah program kongsi rezeki kelolaan Komuniti Amal Taiping (KT) berjuadah dengan Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting. Sekali ditaja oleh pengusaha makanan ini sendiri dan sekali lagi ditaja oleh seorang Hamba Allah. Malah pada pertengahan November 2015 ini, atas permintaan penghuni-penghuni rumah amal ini sendiri, akan ada satu lagi juadah menu yang sama tajaan seorang Hamba Allah lagi.

Saya hanya berpeluang menikmati juadah menu ini sebentar tadi.

Ketika suapan pertama nasi dan ayam ini, tiba-tiba saya terkenangkan Nasi Berangin yang dijual bersebelahan Balai Riong (NST) di Jalan Riong, Bangsar bersetentangan pintu pagar Balai Berita TV3 semasa saya tinggal berhampiran ketika pertengahan 80an.

Nasi yang panas dan ayam yang baru diangkat dari kuali berminyak panas menyebabkan Nasi Berangin ini meneliurkan para pelanggan yang berbaris panjang. Menariknya  gerai ini menjual semata-mata Nasi dan Ayam Goreng sahaja. Tanpa lauk-pauk lain hatta sayur-mayur, Cuma sesudu sambal sebagai penyelera.

Berjuadah Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting ini seolah-olah mengembalikan suasana saya berjuadah Nasi Berangin 30 tahun yang lalu. Adakah masih ada juadah Nasi Berangin ini diterus-lansungkan perniagaannya oleg pelapis atau waris?

 Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting ini juga disediakan dengan Nasi dan Ayam Goreng yang Panas. Tambahan sekeping-dua hirisan Timun. Juga disertakan sesudu Sambal.

Sebagai tambahan penyelera, serbuk tepung Ayam Goreng ini ditambah letak di atas Nasi Kukus ini. Lain kali kalau saya order lagi, mesti saya akan minta extra serdak ini.

Kalau diberi peluang, saya berharap dapat makan Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting dengan hirisan Ulam Kobis Mentah.

Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting kini mempunyai gerai di hadapan Pasar Borong Kamunting bersebelahan Balai Bomba. Dibuka dari pukul  11 pagi hingga 5 petang. Manakala gerai di Pasar Malam Kamunting beroperasi setiap Rabu dan Khamis mulai 5 petang.


Boleh hubungi no berikut 0175329608 untuk tempahan.