Friday, November 25, 2016
Sunday, November 20, 2016
Program Peralatan Sekolah 2017 Komuniti Amal Taiping (KaT)
Program Peralatan Sekolah 2017 Komuniti Amal Taiping
(KaT)
Alhamdulillah tengahari ini penyerahan sumbangan orang
ramai berupa Peralatan Sekolah 2017 (Beg Sekolah, Bekas Minuman dan Stationery)
kepada 28 anak-anak Yatim Ummu Sofiah Sungai Nyior Trong. Sebelum itu anak-anak
mengunting rambut di bawah tajaan Salon Jelita Kamunting (Kedai d belakang
Stesen Bas kamunting). Juga diadakan jamuan tengahari Antara anak-anak yatim,
penghuni dan ahli KaT
Manakala Uniform Sekolah dan Jubah untuk anak-anak Yatim
Ummu Sofiah dalam proses tempahan dan dijangka siap bulan Disember 2016 ini.
Manakala di sebelah petang penyerahan Jubah Pelajar
Perempuan dan Jubah Pelajar Lelaki kepada 26 orang pelajar-pelajat Maahad
Tahfiz An Nur Hafizah Kampung Paya Kamunting. Jubah-jubah ditaja oleh Hamba
Allah Kulim.
Wednesday, November 16, 2016
Penyampaian Sumbangan melalui Komuniti Amal Taiping (KaT)
Penyampaian Sumbangan melalui Komuniti Amal Taiping (KaT)
Hari yang padat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Komuniti Amal Taiping (KaT) hari ini telah menyempurnakan penyampaian sumbangan
dari ramai kepada:
Rabu 16 Nov 2016
*10.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Maahad Tahfiz
Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang)
*11.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama serta serahan Jubah
dan barangan toiletries (beg voven, ubat & berus gigi sugi, syampoo mandi)
di Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kpg Paya Kamunting (26 orang)
*12.00pm Menyumbang 12 beg sekolah & stationery kepada kanak-kanak Taman
Yayasan Kamunting (6 kanak-kanak Melayu tabika Melayu & 6 kanak-kanak India
prasekolah)
*2.00pm Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan utama di Rumah Anak Yatim
Ummu Sofiah Sg Nyior Trong
In sya Allah penyampaian sumbangan seterusnya ialah:-
Ahad 20 Jun 2016
*12.00pm Menyumbang beg sekolah, stationery dan uniform sekolah & jubah di
Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg Nyior Trong (28 orang)
*Jamuan makan tengahari bersama anak-anak Yatim Ummu Sofiah dengan sukarelawan
KaT dan penyumbang/penaja.
*2.00pm Salon Jelita Kamunting memotong rambut anak-anak yatim Ummu Sofiah
Semoga perancangan kami KaT ini dipermudahkan-Nya.
Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang/penaja dan
mereka yang sentiasa mendoakan kami KaT.
Tuesday, November 15, 2016
NOSTALGIA Restoran Bismillah Taiping
NOSTALGIA Restoran Bismillah
Taiping
Rasanya sudah lebih 20 tahun
tak menikmati juadah di dalam premis makan lagenda di Taiping ini iaitu Restoran
Bismillah. Dua, tiga tahun lepas masuk sekejab jumpa kawan pelanggan tetap di
sini (Ali Motor) tapi tidak menjamah apapun.
Pagi tadi Emak beritahu Bapa (yang
sudah terlantar bedridden lebih empat tahun) teringin hendak makan Rendang Hati
di restoran ini. Malangnya hari ini tiada pula menu tersebut.
Sementelah masuk dalam restoran
ini aku terasa nak menjamah Roti Canai. Aku memesan Roti Canai dengan Kuah Dal
dan Daging Cincang. Kalau memesan Kuah Daging, hanya akan dihantar semata-mata
kuah ataupun terselit seketul daging sebagai syarat. Kalau memesan Daging
Cincang, dapatlah sepiring kuah dengan ketulan daging.
Menu yang sama dipesan ketika
80an dahulu (semasa sekolah menengah), ketika itu juga selalunya aku keseorangan
menjamahnya. Sekeping Roti Canai Garing dengan Kuah Dal dan Daging Cincang
serta secawan Teh Tarik. Semasa 80an dahulu set menu sebegini hanya berharga
tidak sampai pun RM 3.00. Tetapi hari ini set menu ini berharga RM 6.60 !
Semasa 70an (semasa bersekolah
rendah), inilah restoran mewah kepada keluarga kami. Setahun sekali Bapa bawa
kami sekeluarga Emak, Kakak, aku dan adik menjamu selera di sini. Kami “makan
luar”!
Paling menarik demi memastikan
kami menjamu makan dengan sepuas-puasnya, Emak akan bawa Nasi Puteh dalam
periuk berbalut tuala!
Kami menjamu selera di tingkat
atas. Ketika itu tiada lagi istilah Nasi Kandar atau Nasi Campur. Yang ada
hanyalah Nasi Hidang. Pelayan akan bawa banyak lauk-pauk dan sayur dalam piring-piring
kecil. Kesemuanya dihidangkan di atas meja. Bapa akan memilih dan mengasingkan
piring-piring lauk-pauk tersebut. Piring lauk-pauk yang hendak dimakan sahaja
dikekalkan di atas meja kami. Lauk-pauk lain diletakkan di meja bersebelahan
kami. Rupa-rupanya setelah dewasa baru aku tahu di Indonesia semua Nasi Minang
dihidang sebegini!
Menjamahlah kami dengan
sepuasnya. Kadang-kadang aku menjeling juga lauk-pauk yang diasingkan di meja
bersebelahan. Biasanya lauk udang, sotong dan ketam yang diasingkan Bapa! Aku hanya
menjeling tanpa bersuara. Menu ayam dan daging sudah cukup mengenyangkan kami
sekeluarga.
Itulah “makan luar” kami
sekeluarga dan hanya setahun sekali! Biasanya pada cuti sekolah bulan Disember.
Terima kasih Bapa! Membawa
kami “makan luar”. Terima kasih Emak! Bawa Nasi Puteh seperiuk untuk memastikan
kami makan dengan puas.
Klik di sini untuk satu lagi
catatan berkaitan Restoran Bismillah ini bertajuk “Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central””.
Kalau 80an dulu, Restoran
Bismillah adalah “Taiping Central”. Tak sah kalau pergi Taiping tak turun di
hadapan Restoran Bismillah ini. Tak payah turun di “Bas Stand”, turun saja di
hadapan Restoran Bismillah ini.
Kalau mai pagi boleh perkena Bubur Gandum. Kalau rasa lapar walau sudah perkena nasi Goreng sepinggan bok Mak Andeh masak subuh sapie, boleh perkena Roti Canai dengan Daging Cincang dalam Restoran Bismillah.
Kalau mai pagi boleh perkena Bubur Gandum. Kalau rasa lapar walau sudah perkena nasi Goreng sepinggan bok Mak Andeh masak subuh sapie, boleh perkena Roti Canai dengan Daging Cincang dalam Restoran Bismillah.
Kalau mai belah matahari sudah naik sepengalah, boleh perkena Chendol Ais Sagat.
Lepas tu langkah jalan pergi “Market Ikan”. Kalau rasa hendak beli “Daging Sejuk”, boleh langkah lagi ke ‘Market Daging”. Kalau kuat berjalan boleh tengok kain baju di Bazar China. Tak pun belek kain pelekat di Kedai Pakistan,
Kalau lepas musim ambik padi, boleh kona ke Market Road bawa Mak Andeh belek seurat dua gelang mas.
Bila nak balik boleh singgah Bintang Tujuh tepi Market Daging beli barang dapur. Last sekali tunggu bas di depan Restoran Bismillah.
Semua ini sebelum jalan tepi Restoran Bismillah itu masih dua hala. Bas dari manapun mesti singgah di sini. Belakang restoran pula ‘Stand Teksi” (Taxi Stand?). Selepas jalan jadi sehala, Cnendol pecah kongsi, ada Chendol Bismillah dan ada Chendol Ansari. Masing-masing tuntut nama Chendol Bismillah Asli!
Kini Taiping Sentral di Jalan Istana Larut, tapak istana Syarifah Salmah, isteri Almarhum Sultan Idris, ibu kepada Raja Razman dan Raja Rashid, kawan aku itu.
Bas memang tak lalu dan tak singgah di Taiping Sentral ini. Pak Su Mat dari Bendang Luas, Ijok dan Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk, Batu Kurau kena naik teksi kalau nak ke Taiping Sentral ini.
Nak beli ikan, daging dan barang dapur jenguk sahaja kat Tesco sebelah Taiping Sentral. Nak beli kain baju sehelai dua pun ada. Gelang mas dan rantai subang berlonggok-longgok ada.
Chendol dan Pasembor pun ada. Pasembor Kadir lagi pulak tu!
Sunday, November 13, 2016
Projek KaT Kelengkapan Sekolah 2017. Sasaran Disember 2016. Alhamdulillah hampir lengkap kesemuanya November 2016
Projek KaT Kelengkapan Sekolah 2017. Sasaran Disember
2016. Alhamdulillah hampir lengkap kesemuanya November 2016
Alhamdulillah, projek Komuniti Amal Taiping (KaT)
mendapatkan kelengkapan persediaan persekolahan 2017 hampir lengkap kesemuanya.
Projek dirancang seawal Oktober 2016 dengan sasaran Disember 2016 telah membuahkan
hasilnya lebih awal di November 2016 ini.
Jubah untuk anak-anak Maahad Tahfiz Anak Yatim &
Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting (28 orang) telah diserahkan pada awal
Oktober 2016. In sya Allah dalam minggu ini penyerahan sumbangan lain akan
berlangsung seperti berikut:-
Rabu 16 Nov 2016
*10.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan
utama di Maahad Tahfiz Anak Yatim &
Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting
(28 orang)
*11.00am Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan
utama serta serahan Jubah dan barangan toiletries (beg voven, ubat & berus
gigi sugi, syampoo mandi) di Maahad Tahfiz An Nur Hafizah Kpg Paya Kamunting
(26 orang)
*12.00pm Menyumbang 12 beg sekolah & stationery kepada
kanak-kanak Taman Yayasan Kamunting (6 kanak-kanak tabika Melayu & 6
kanak-kanak prasekolah India)
*2.00pm Bawa kontraktor memasang penapis air bekalan
utama di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg
Nyior Trong
Ahad 20 Jun 2016
*12.00pm Menyumbang beg sekolah, stationery dan uniform
sekolah & jubah di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Sg Nyior Trong (28 orang)
*Jamuan makan tengahari bersama anak-anak Yatim Ummu
Sofiah, sukarelawan KaT dan penyumbang/penaja.
*2.00pm Salon Jelita Kamunting memotong rambut anak-anak yatim Ummu Sofiah
*2.00pm Salon Jelita Kamunting memotong rambut anak-anak yatim Ummu Sofiah
Semoga perancangan kami KaT ini dipermudahkan-Nya.
Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang/penaja dan
mereka yang mendoakan kami KaT. Tidak lupa juga kepada admin-admin FB Grup yang
mengizinkan penyiaran posting-posting promosi kami KaT selama ini.
Saturday, October 29, 2016
Menghebahkan sedekah (kerja amal) atau menyembunyikannya?
Menghebahkan sedekah (kerja amal) atau menyembunyikannya?
Saya dari Komuniti Amal
Taiping (KaT) membuat penjelasan sebegini setelah menerima banyak pandangan
mengenai prosedur kami yang membuat hebahan kerja-kerja amal yang dilakukan.
Kami KaT mengambil keputusan
untuk membuat hebahan segala kerja amal berdasarkan ketetapan yang diambil
iaitu;
*Menampakkan kerja telus kami
sebagai perantaraan dari penyumbang kepada penerima sumbangan,
*Memaklumkan adanya insan yang
kurang dan tidak bernasib baik seperti golongan asnaf dan sebagainya,
*Mengalakkan (mengajak) insan
lain bersama-sama mengerjakan amal dengan membuat sumbangan,
*Memberi respon kepada insan-insan yang selalu
menghubungi kami untuk menyampaikan sumbangan mereka.
Sememangnya kami KaT sedia
maklum dengan terjemahan Surah Al-Baqarah Ayat 271 dan Hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairoh, yang menyatakan lebih afdal jika bersedkah (kerja amal)
dilakukan secara sembunyi.
Surah Al-Baqarah Ayat 271
Kalau kamu zahirkan
sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana
menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu
serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi
kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan
kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairoh,
Nabi Muhammad SAW bersabda
Ada tujuh golongan manusia yang
akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali
naungan-Nya …(dan disebutkan salah satu dari mereka)… dan laki-laki yang
bersedekah kemudian menyembunyikan sedekahnya, hingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Bagaimanapun terdapat
ulama-ulama yang mengalakkan hebahan sedekah dan kerja amal ini berdasarkan firman-firman
Allah SWT seperti berikut. Antara kewajarannya ialah untuk mengalakkan lagi
insan lain turut bersedekah dan pada masa yang sama mengelakkan fitnah yang
mungkin terjadi jika dirahsiakan.
Wallahu a’lam
Surah Al-Baqarah Ayat 274
Orang-orang yang membelanjakan
(mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau
terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta
mereka pula tidak akan berdukacita.
Surah Al-Fajr Ayat 16-18
Dan
sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia
tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya:
"Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan
demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai
orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan
anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
Dan
kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang
miskin.
Surah
Ar-Ra’d Ayat 22
Dan
orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata,
dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya
balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.
Surah An Nahl Ayat 75
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba
abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya
sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya
pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan
hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah
kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang
berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui
(hakikat tauhid itu).
Surah
Al Faathir Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang
selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan
dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara
terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan
yang tidak akan mengalami kerugian.
Hadis yang diriwayatkan oleh
Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang
lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun
senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa
takjub kepadanya.”
Baginda
bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala
memperlihatkan.”
(Rujukan dari laman-laman web terpilih. In sya Allah KaT akan merujuk
seterusnya kepada Tok Guru dan Kitab-kitab yang ada)
Monday, October 24, 2016
Sumbangan Cermin Mata Kepada Anak Yatim, Miskin & Tahfi
Sumbangan Cermin Mata Kepada Anak Yatim, Miskin & Tahfiz
Alhamdulillah Kedai Cermin Mata AIRISSA EYE CARE Kamunting
(Berhadapan Restoran Shahlan Maju & BSN Kamunting) akan menaja cermin mata
kepada anak-anak yatim & miskin serta anak tahfiz yang bermasalah
pengelihatan di bawah Program Komuniti Amal Taiping.
Ribuan terima kasih kepada Kedai Cermin Mata AIRISSA EYE
CARE Kamunting.
In sya Allah anak-anak yatim & miskin serta anak
tahfiz ini akan mendoakan berterusan keberkatan perniagaan Kedai Cermin Mata AIRISSA
EYE CARE, semoga-Nya memurahkan rezeki dan memudahkan segala urusan.
Program bawah Komuniti Amal Taiping (KaT). Rumah-rumah
tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat sekitar Taiping,
Kamuntng dan Bagan Serai ialah:
1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh (L/P)
Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
U.p.: En Roslan @ Pak Long 012 543 0322
2. Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain (P)
Bagan Serai x 20 orang penghuni
U.P.: Pn Ain 016
504 9564
3. Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah (P)
Sungai Nyior, Trong x 26
penghuni
U.p: Pn Faridah Karim 019
568 7994
4. Warga Emas Al-ikhlas Rozy(P)
Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
U.P.: Pn Rozy 019 578 7650
5. Warga Emas Aminur Ain (L)
Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
U.P.: En Rostam
014 241 0021
6. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019
411 1151
7. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019 411 1151
8. Tafiz Arrahimiyah (P)
Kpg Boyan x 49 penghuni
U.P.: Ust Khairul 019 450 0006
9. Tahfiz An Nur Al Hafizah (P/L)
Kpg Paya Kamunting x 26 penghuni
U.P.: Ust Hafizah 014 243 2721
Tuan/puan digalakkan membuat sumbangan terus kepada
rumah-rumah amal ini. Tuan/puan juga boleh membuat sumbangan kepada aktiviti
kami Komuniti Amal Taiping (KaT) seperti menyediakan makanan, kelengkapan
asrama dan peralatan persekolahan. Hubungi Penyelaras KaT, Lukman Bin Wan Mat
Daud 019 558 2626 whatsapp.
Kempen Segaram Sekolah & Stationery Anak Yatim, Miskin & Tahfiz
Program bawah Komuniti Amal Taiping (KaT). Rumah-rumah
tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat sekitar Taiping,
Kamuntng dan Bagan Serai ialah:
1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh (L/P)
Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
U.p.: En Roslan @ Pak Long 012 543 0322
2. Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain (P)
Bagan Serai x 20 orang penghuni
U.P.: Pn Ain 016
504 9564
3. Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah (P)
Sungai Nyior, Trong x 26
penghuni
U.p: Pn Faridah Karim 019
568 7994
4. Warga Emas Al-ikhlas Rozy(P)
Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
U.P.: Pn Rozy 019 578 7650
5. Warga Emas Aminur Ain (L)
Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
U.P.: En Rostam
014 241 0021
6. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019
411 1151
7. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019 411 1151
8. Tafiz Arrahimiyah (P)
Kpg Boyan x 49 penghuni
U.P.: Ust Khairul 019 450 0006
9. Tahfiz An Nur Al Hafizah (P/L)
Kpg Paya Kamunting x 26 penghuni
U.P.: Ust Hafizah 014 243 2721
Tuan/puan digalakkan membuat sumbangan terus kepada
rumah-rumah amal ini. Tuan/puan juga boleh membuat sumbangan kepada aktiviti
kami Komuniti Amal Taiping (KaT) seperti menyediakan makanan, kelengkapan
asrama dan peralatan persekolahan. Hubungi Penyelaras KaT, Lukman Bin Wan Mat
Daud 019 558 2626 whatsapp.
Tuesday, October 04, 2016
Jubah Baru Pelajar Maahad Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting.
Jubah Baru Pelajar Maahad Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting.
Alhamdulillah seramai 27orang penghuni Maahad Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting telah mendapat jubah baru mereka pada hari ini 4 Oktober 2016, sumbangan dari Hamba Allah sekeluarga Pantai Timur melalui Program Komuniti Amal Taiping (KaT).
Semoga sumbangan jubah ini menyemangatkan lagi anak-anak ini dalam mendalami pengajian tahfiz mereka..
Kepada penyumbang, anak-anak ini merakamkan syukur Alhamdulillah dan mendoakan agar rezeki penyumbang sentiasa diberkati-Nya, kesihatan dan keselamatan penyumbang sentiasa dipelihara-Nya, dipermudahkan-Nya segala urusan penyumbang
Labels:
Anda prihatin?,
Sekitar Taiping,
Taiping Bandarku
Tuesday, September 27, 2016
Sambutan Maal Hijrah 1438 bersama anak tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas
Sambutan Maal Hijrah 1438 bersama anak tahfiz, anak yatim
and miskin serta warga emas
Sempena menyambut Maal Hijrah 1438 pada hari Ahad 2
Oktober 2016 ini, Komuniti Amal Taiping (KaT) melalui sumbangan orang ramai
akan mengadakan majlis tahlil, Yasin, solat hajat, doa selepas solat (mengikut
kesesuaian penghuni) di lapan (8) buah rumah amal sekitar Taiping, Kamunting
dan Bagan Serai di bawah program KaT.
Berkesempatan dengan ini juga, semoga fadhilat majlis
mohon dipanjangkan kepada arwah Hj Azit@Mustamin bin Abdul Mutalib dan arwah
Hajjah Rahmah binti Hj Osman. Serta didoakan juga kepada beberapa pemimpin dan
pengiat utama badan amal NGO Warga Kilang yang sedang diuji-Nya dan baru sahaja
keluar dari pusat perubatan yang merawat mereka. Agar mereka ini kembali sembuh
dan dipermudahkan-Nya urusan mereka berterusan membuat kerja amal.
Juadah jamuan berupa Menu Nasi Puteh, Gulai Ayam Kentang,
Telur Dadar, Ulam Timun dan Sambal Belacan serta Air Minuman.
Program bawah Komuniti Amal Taiping (KaT). Rumah-rumah
tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat sekita Taiping,
Kamuntng dan Bagan Serai ialah:
1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh (L/P)
Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
U.p.: En Roslan @ Pak Long 012 543 0322
2. Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain (P)
Bagan Serai x 20 orang penghuni
U.P.: Pn Ain 016
504 9564
3. Warga Emas Al-ikhlas Rozy(P)
Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
U.P.: Pn Rozy 019 578 7650
4. Warga Emas Aminur Ain (L)
Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
U.P.: En Rostam
014 241 0021
5. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019
411 1151
6. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019 411 1151
7. Tafiz Arrahimiyah (P)
Kpg Boyan x 49 penghuni
U.P.: Ust Khairul 019 450 0006
Kpg Paya Kamunting x 29 penghuni
Tuan/puan boleh membuat sumbangan terus kepada
rumah-rumah amal ini. Tuan/puan juga boleh menghubungi Komuniti Amal Taiping
(KaT) untuk membuat sumbangan. Penyelaras KaT, Lukman Bin Wan Mat Daud 019 558
2626 whatsapp.
U.P.: Ust Hafizah 014 243 2721
Jumlah 286 orang penghuni (1/09/2016)
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































