Friday, October 31, 2008

Tak kira tempat………….


Tak kira tempat………….

Bila melangkah tangga Masjid Ekspo tengahari Jumaat tadi aku sempat mengerling tabung duit yang diperbuat dari plastik lutsinar tepi tiang. Di dalamnya, di timbunan-timbunan duit seringgit aku terkerling dua keping not hijau dan sekeping not merah. Murah rezeki yang menyedekahkannya, kata aku dalam hati.

Sebaik sahaja Imam memberi salam, aku bergegas keluar tanpa menunggu doa dibaca. Aku lihat anak jantan aku seorang itu sedang berdiri berdekatan tabung duit tersebut.. Sewaktu melangkah keluar dari masjid itu aku sempat juga mengerling ke tabung duit itu. Hati sudah berdetik lain.

Rupa-rupanya anak jantan aku seorang itu hendak mengkhabarkan berita sudah tiada lagi not hijau dan not merah di dalam tabung duit itu. Yang tinggal hanyalah timbunan duit seringgit yang mungkin juga turut berkurang.

Patutlah selak pengunci pada peti duit itu yang tidak mempunyai ibu kunci sudah ternaik selaknya. Rupa-rupanya semasa orang lain sibuk bersholat, ada yang sempat ”menyimpankan” not hijau dan not merah ini.

Teringat aku di Masjid Negeri Ipoh beberapa tahun lepas, ada yang tertangkap kerana cuba memancing not-not hijau dan merah dengan menggunakan pancing berumpankan chewing gum (gula-gula getah)!

Haram jadah sungguh mereka yang tidak mengira tempat ini............

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment