Thursday, July 09, 2009

Mu tak kelik ke Awang?

Mu tak kelik ke Awang?

Mu tak kelik ke Awang?”, adalah sapaan biasa orang-orang Tukuro.

Jangan sekali-sekali menyanggah sapaan itu dengan beralasan tidak faham dan meminta penyapa berbahasa Melayu (Malaysia?) Baku.

“Mu tak kelik ke Awang?”, adalah sememangnya Bahasa Melayu dan bukannya semata-mata dialek Melayu Patani.

Buktinya adalah seperti berikut di mana lima patah perkataan penyapaan biasa orang-orang Tukuro itu telah diwartakan di dalam Kamus Dewan.

(Jangan pula beri alasan tak pernah dengar atau tengok Kamus Dewan!)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







Wednesday, July 08, 2009

PLUS – jenguk-jenguklah sikit R&R Sungai Perak itu.





PLUS – jenguk-jenguklah sikit R&R Sungai Perak itu.

Kalau yang mengunjungi
blog aku satu lagi, pasti terperasan aku suka sangat tegur PLUS. Sebagai pembayar tol yang mencecah lebih RM 200.00 setiap bulan aku rasa aku berhak menyuarakan pandangan dan teguran membina ini. Bagaimanapun posting aku itu kesemuanya ke arah keselamatan.

Kali ini aku nak tegur PLUS pasai buah potong. Biasanya kalau berperjalanan waktu tengahari, aku akan singgah beli buah potong ini. (Bunyi macam kereta potong pula!). Biasanya aku beli buah Mempelam Muda, Betik dan Tembikai Susu. Merata aku singgah dari perjalanan aku dari Sintok ke KL, di KM 63, sebelum Bertam, R&R Juru, Bukit Gantang dan lain-lain sebelum sampai ke KL. Paling best di KM 63 sebab hentian di sini berhadapan sawah bendang!

Bulan lepas aku singgah R&R Sungai Perak (menghala ke Selatan). Biasanya aku tak pernah singgah di sini sebab baru mula perjalanan dari Taiping. Sewaktu mengambil plastik buah potong dari bekas bertutup lutsinar itu aku perasan jumlah potongan-potongan kecil Mempelam Muda itu lebih sedikit kalau dibandingkan di hentian lain. Rupa-rupanya di R&R Sungai Perak ini semua buah-buahan potongnya dijual dengan harga RM 2.00 sebungkus. Sedangkan di tempat-tempat hentian dan R&R lain dijual hanya dengan harga RM 1.00 sebungkus!

Kalau beli sebungkus buah potong yang berharga RM 2.00 sebungkuspun di R&R Sungai Perak ini belum tentu sama kandungannya dengan sebungkus RM 1.00 di hentian lain, malah kurang rasanya.

Adakah kerana hendak menampung kos sewa yang mungkin meningkat kerana R&R Sungai Perak ini baru dinaiktarafkan menyebabkan peniaga-peniaga di sini menjualnya dengan harga RM 2.00 sebungkus? Ataupun di luar pengetahuan pihak PLUS.

Apa yang sangat membengangkan aku ialah tiada tanda harga yang diletakkan oleh peniaga-peniaga ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sambal Machang Mak Long Huduh




Sambal Machang Mak Long Huduh

Tiba-tiba aku teringatkan Mak Long Huduh aku di Batu Kurau. Agak-agaknya hujung minggu ni dia buat Sambal Machang tak?

Agak-agaknya dia masih marah lagi tak kepada Soleha (dan Madina)?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Restoran Asam Pedas Pak Lang Kamunting





Jarak dari Rumah Tol Kamunting hingga Restoran Asam Pedas adalah 8 km

Restoran Asam Pedas Pak Lang Kamunting

Kalau di Ipoh (semasa aku bekerja di sana 2006-2007), Warung Ikan Bakar Tasek Raban berhadapan Stadium Negeri Ipoh adalah pilihan untuk membawa tetamu kilang makan tengahari. Semasa bekerja di Kulim Hi-Tech pada tahun 2004 – 2006 pula, aku selalu bawa tetamu kilang ke Warung Selera Gemilang (ada yang mengelarnya Soros!) berhadapan Traffic Light Pejabat Kastam.

Sementara itu kalau di Kamunting, Restoran Asam Pedas Pak Lang yang menjadi pilihan dan diselang-seli dengan Restoran Kamunting Timur dengan masakan ala-Thainya.

Ketika itu (rasanya dari penghujung 90an hingga 2004), biasanya seminggu sekali pasti kami mengunjungi Restoran Asam Pedas Pak Lang Kamunting ini. Kalau ada function kami turut mengambil Pak Lang sebagai Caterer. Malah Pak Lang sendiri pernah beberapa kali menjadi pembekal makanan kepada semua pertugas Cub Prix serta tetamu VIP semasa aku mengadakan acara tersebut di Taiping.

Semalam aku menghujungi Restoran Pak Lang sebelum balik ke Sintok. Jam belum mencecah 12 tengahari tapi restorannya mula dipenuhi pelanggan. Sebaris meja telah diatur kemas menunjukkan ada pelanggan yang menempah untuk makan beramai-ramai.

Sudah tentu menu utama Restoran Asam Pedas Pak Lang Kamunting yang menjadi tarikan ialah Ikan Masak Asam Pedas (ala Melaka) dan Ikan Patin Masak Tempoyak. Bagaimanapun kedua-dua menu ini bukan pilihan aku walaupun orang rumah seorang aku itu cukup suka kedua-dua menu ini.

Pilihan aku di Asam Pedas Pak Lang ini ialah Gulai Masak Lemak Telur Itik, Ayam Goreng Berempah dan Anak Tamban Goreng.

Menu-menu lain ialah Kari Ikan, Tauhu Jepun, Rendang Ayam, Sambal Tumis Udang dengan Petai, Sup Kepala Ikan, Sambal Tumis Sotong, Ikan Goreng, Keli Goreng, Sepat Masin Goreng, Masak Lemak Pucuk Paku dengan Tempoyak, Pecal, pelbagai sayur, pelbagai ulam, Sambal Machang. Sambal Tempoyak, Jeruk Maman.

Minuman yang terkenal di sini ialah Jus Amra dengan Asam Masin serta Teh Candu Berempah! Kalau anda datang berkumpulan, order Jus Amra ini dalam jug! Manakala Teh Candu itu pilihan selepas makan dan kalau yang ”tak berapa sehat” itu lupakanlah Teh Candu ini!

Di sini juga tersedia makanan pagi untuk sarapan dan masakan panas untuk makan malam.

Pak Lang atau nama sebenarnya Abdul Ghafor sentiasa bersedia untuk mengesyorkan menu untuk anda jika anda tidak tahu yang mana untuk anda memilihnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Restoran Asam Pedas Pak Lang ini juga telah beberapa kali disiarkan/ditemubual dalam beberapa rancangan tv (TV3, RTM dan Astro) serta radio (ERA dan Sinar FM). Antara yang difokuskan ialah Asam Pedas, Air Jus Amra dengan Asam Masin serta Teh Candu.


































Makan Sotong Janggut dan Kari Kepala Ikan Bawal di Warung Permai Tepian, Kampung Pertama, Seberang Prai



Makan Sotong Janggut dan Kari Kepala Ikan Bawal di Warung Permai Tepian, Kampung Pertama, Seberang Prai.

Kalau kebetulan berada di Seberang Prai pada hari Selasa dan Warung Ikan Bakar Masjid Batu tutup, boleh lajak ke Warung Permai Tepian di Kampung Pertama, Seberang Prai. Lokasinya di jalan menghala ke Permatang Nibung selepas 200 meter persimpangan lampu isyarat di antara Masjid Batu/Masjid Papan dan lampu isyarat UiTM Seberang Prai.

Warung Permai Tepian di Kampung Pertama ini lebih dikenali dengan Warung Tepi Sawah kerana ianya berhadapan dan dikelilingi sawah bendang.

Menu yang terkenal di sini ialah Sambal Sotong Janggut dan Kari Kepala Ikan Bawal. Manakala menu ala kampung ialah Gulai Ikan Kering, Rendang Siput Sedut (biasanya Masak Lemak di tempat lain!), Gulai Rebung dan Keladi Asam Pedas. Terdapat juga Ikan Keli dan Bawal yang dimasak secara Goreng dan Masak Cabai, dan Ikan Pari Rebus dengan Air Asam. Menu yang lain ialah ala-ala Nasi Kandar Mamak iaitu Ayam Madu, Daging Masak Kicap, Kari Sotong dan Kari Ikan.

Menu sampingan ialah Kerang Rebus dan Air Asam Kicap Cabai serta ulam-ulam kampung dengan Sambal Belacan.

Menu ringkas yang saya pernah makan di sini pada awal tahun ini ialah sepinggan Nasi Setengah, Sambal Sotong Janggut (2 janggut), seketul Ikan Bawal gulai, Ulam Bendi dan Petai Rebus serta Sambal Belacan. Harganya RM 5.00 tidak termasuk minuman.

Waktu operasinya dari 7 pagi hingga 3 petang. Walaupun begitu menu penuh seperti di dalam gambar boleh mula dinikmati seawal 11 pagi. Warung ini ditutup hari Jumaat. Kalau kebetulan ada berhampiran sini di hari Jumaat bolehlah pula perkena ikan bakar di Warung Ikan Bakar Masjid Batu!

Di perkarangan warung ini terdapat gerai rojak dan gerai makanan ringan yang turut menjual surat khabar dan pelbagai ubat-ubat tradisional.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/





























Tuesday, July 07, 2009

Meors (ada “s” sebab jamak/plurar) – nyanyikan lagu ini!


Meors (ada “s” sebab jamak/plurar) – nyanyikan lagu ini!

Meor PestaJiwa dan Meor LanteraJiwa

Aku tahu kalian mementorkannya (Iwan Fals) di samping Ebiet G. Ade dan lain-lain. Walaupun begitu kalian masih bangga dengan lagu-lagu kalian.

Nyanyikan lagu ini! Ketepikan seketika sengketa Manohara dengan Tengku Muhammad Fakhry ! Ketepikan seketika kisah deraan Siti Hajar Sadli oleh majikannya.

Nyanyikan lagi ini! Nyanyikan atas nama serumpun! Nyanyikan atas tanah bumi Malaysia ini walaupun lagunya asal dari seberang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Negara
Iwan Fals

Negara harus bebaskan biaya pendidikan
Negara harus bebaskan biaya kesehatan
Negara harus ciptakan pekerjaan
Negara harus adil tidak memihak

Itulah tugas negara
Itulah gunanya negara
Itulah artinya negara
Tempat kita bersandar dan berharap

Kenapa tidak ?
Orang kita kaya raya
Baik alamnya
Maupun manusianya

Dan ini yang kita pelajari sejak bayi
Hanya saja kita tak pandai mengolahnya

Oleh karena itu bebaskan biaya pendidikan
Biar kita pandai mengarungi samudera hidup
Biar kita tak mudah dibodohi dan ditipu
Oleh karena itu biarkan kami sehat
Agar mampu menjaga kedaulatan tanah air ini

Negara negara
Negara harus seperti itu
Bukan hanya di surga di duniapun bisa

Negara negara
Negara harus begitu
Kalau tidak bubarkan saja
Atau ku adukan pada sang sepi

Negara harus berikan rasa aman
Negara harus hormati setiap keyakinan
Negara harus bersahabat dengan alam
Negara harus menghargai kebebasan

Itulah tugas negara
Itulah gunanya negara
Itulah artinya negara
Tempat kita bersandar dan berharap
Selain Tuhan

Monday, July 06, 2009

Pak Hameed nak tumpang pergi Sepang!

Pak Hameed nak tumpang pergi Sepang!

Malam tadi aku dan orang rumah aku seorang itu sampai rumah di Kamunting jam hampir 9 malam. Masa buka pintu pagar aku disapa jiran yang baru balik surau. Lewat pula dia ini balik surau. Biasanya Ahad malam Isnin tak ada Tok Guru.

Baru nak kunci pintu pagar dengar sayup-sayup bunyi motor Ajij menghala ke rumah. Rezeki kenduri Masjid Kamunting lagi ke malam ini?

”Saya dah dua kali datang rumah abang.” Ajij ini rasanya hanya muda setahun dari aku tapi dia memang berbahasa aku abang dari dulu lagi.

”Kenapa Ajij?”

”Pak Hameed cari abang. Dia nak tahu abang pergi Trek Sepang tak hujung minggu ini. Kalau abang pergi dia cadang nak tumpang abang.”

La, bila pula Pak Hameed minat racing? Entah-entah dah mula minat ”umbrella girl’ pula. Buang terbiat ke Pak Hameed ini.

Pak Hameed ini aku kenali semenjak pertengahan 90an. Semasa itu aku masih bujang dan tinggal di perumahan Desa Jana. Hampir setiap petang Pak Hameed bersama-sama beberapa geng Tabligh lagi akan menghujungi rumah ke rumah di perumahan Desa Jana ini. Ada saja yang di-tazkirah-kannya!

Mulanya aku memang menyorok kalau nampak geng Tabligh! Duduk diam-diam dalam rumah. Salamlah sepuluh kali pun tak menjawab aku!

Lama kelamaan aku berkawan dengan Pak Hameed. Sebelum ini aku sering dimomokkan dengan geng Tabligh yang ”merempat” di surau, kebersihan tidak dijaga dengan seluar dalam disidai merata, pinggan mangkuk yang diguna dicuci ala kadar dan sebagainya. Permergian mereka meninggalkan anak-isteri di rumah tanpa sebarang bekalan nafkah zahir dan batin. Tetapi perkenalanan aku dengan Pak Hameed merubah pandangan aku terhadap geng Tabligh.

Pak Hameed walaupun bergeladangan tiada rumah tetap untuk diinap tetapi pakaiannya baju Melayu dan Kain Palekat bersarungkan Seluar Panjang sentiasa bersih, berbau wangi dan kerap bersalin. Begitu juga dengan beg pakaian kecil yang sentiasa dibawa dalam bakul basikal tuanya itu.

Rupa-rupanya setiap kali dia membersihkan bilik air dan tandas masjid atau surau yang dia menginap, dia akan mengambil kesempatan membasuh kain bajunya untuk disalin. Begitulah ”pembayaran” duit sewa tempat penginapanya untuk bermalam di mana-mana masjid atau surau sekitar Taiping dan Kamunting serta kadang-kadang ”keluar kawasan” hingga ke Bukit Gantang dan Changkat Jering.

Melalui Pak Hameed jugalah aku mengetahui lebih mendalam pergerakan Tabligh ini yang sering disalah-ertikan oleh masyarakat. Banyak pergerakan dakwah mereka tidak difahami masyarakat. Walaupun mereka ini selalu ”keluar berdakwah”, tanggungjawab duniawi tidak mereka lupakan.

Berbalik kepada Pak Hameed.

Keluarga Pak Hameed? Memang Pak Hameed ada berkongsi cerita tentang ”kesilapan” yang telah dilakukannya semasa beliau masih muda dan bertugas sebagai anggota polis dahulu. Biarlah cerita itu hanya di antara Pak Hameed dengan aku.

Persahabatan Pak Hameed dengan aku memang unik. Setiap kali berjumpa dengannya, selepas ala-kada menjamu selera, inilah doa yang akan dibacakan dan diaminkan olehnya.

”Ya Allah, ya Tuhanku! Murahkan rezeki anakku ini. Limpahkan kekayaan kepadanya semoga dia boleh belanjakan ke jalan yang diredhaiMu. Rahmatilah kesihatannya semoga dia boleh berbakti kepada pekerjaan yang diredhaiMu. Amin.”

Di samping itu nasihatnya yang tidak pernah dilupakan setiap kali berhubungan dengan aku ialah; Taatilah dan sayangi ibubapa semasa mereka masih hidup. Jagalah dan limpahkan kasih sayang kepada isteri dan anak.

Pagi tadi aku keluar melilau mencari Pak Hameed. Biasanya kalau tak ada di Masjid Kamunting, dia ada di Masjid Maimon, Kampung Pinang. Sesekali dia ada di Masjid Tabligh berhadapan Sekolah TMGS Taiping.

Akhirnya aku berjumpa Pak Hameed di Masjid Tabligh ini.

Rupa-rupanya dia berhajat untuk menyertai Ijtimak Tabligh Sedunia akan diadakan di tapak berhampiran masjid Kuaters KLIA 9-12 Julai 2009 di Sepang. Ijtimak ini melibatkan 100,000 orang lebih ahli jemaah Tabligh seluruh dunia. Perhimpunan para pendakwah sedunia adalah perhimpunan kedua terbesar selepas wukuf di Arafah. Di Ijtimak India dan Pakistan sebelum ini anggaran yang hadir melebihi sejuta umat Islam dari seluruh dunia.

Kebetulan pada hujung minggu ini ada Cub Prix di Litar Sepang. Mungkin kerana inilah Pak Hameed menganggap aku akan ke Sepang.

Bagaimanapun hajat Pak Hameed untuk berpergian bersama aku ke Sepang tidak dapat ditunaikan. Aku terlibat dengan satu khemah kerja bina diri kanak-kanak di Taiping di sepanjang hujung minggu ini.

”Tidak mengapalah Tuan. Pak Hameed tumpang kawan lain saja untuk ke sana. Pak Hameed doakan amalan Tuan dengan kana-kanak ini berjaya dan diberkati Allah, amin”, sayup saja bunyi suara Pak Hameed yang sememang membahasakan diri aku ”tuan” walaupun sudah banyak kali aku membantahnya.

Terasa sedih pula aku kerana tidak dapat membantu Pak Hameed.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/