Thursday, January 01, 2009

Sijalar vs Sijulur

Sijalar vs Sijulur

Hari dan tarikh entah bila sudah ku lupa. Cuma di ingatan ianya berlaku seawal pagi mungkin sekitar jam satu. Angin malam (pagi?) ketika itu tiba-tiba berdesir kuat di tingkap. Aku tiba-tiba terdengar suara yang begitu hampir dengan tingkap bilik bacaan aku itu. Makin lama makin jelas suara itu.

Suara 1: Jalar! Jalar! Berdesirlah jauh sikit. Sejuk pucuk aku ini.

Suara 2: Angin itu bukannya dari akulah Jalur! Cuba kau tengok betul-betul. Itu angin dari luar.

Suara 1 (selepas ini dikenali dengan Jalur): Ye ke? Aku ingatkan kau yang berdesir kuat!

Suara 2 (selepas ini dikenali dengan Jalar): Aku rasa akulah yang berdesir perlahan sekali jika dibandingkan dengan kau dan lain itu.

Jalur: Dulu kau memang berdesir perlahan. Tapi semenjak kau mula memanjat dinding ini kau sudah berdesir kuat.

Jalar: Ya ke?

Jalur: Dulu mula-mula kau datang sini dibawa Mak Tuan bukan saja nak rasa desir nyawa kau, muka pun tak dongak. Cuma menjalar di lantai saja!

Jalar: Memang itu sifat semulajadi aku, menjalar di lantai saja.

Jalur: Habis mengapa sekarang kau menjalar naik ke dinding?

Jalar: Aku sudah tak tahan dengan Pak Tuan dan Mak Tuan serta Tuan Muda rumah ini.

Jalur: Kenapa pula dengan mereka?

Jalar
: Pak Tuan kalau nak parking kereta ke, motor ke tak pernah pedulikan aku. Nak digeleknya saja aku ini.

Jalar: Mak Tuan pula tiap-tiap hari nak mandikan aku. Aku ini jenis spesis tak kena air berharipun tak apa. Kalau hari-hari kena air berklorin tu boleh sakit aku!

Jalar: Tuan Muda pula langsung yak hormat aku. Ada sahaja yang menindih aku dibuatnya. Kalau tak kasut dan selipar, bola dan roda basikalnya mengelek aku.

Jalur: Jadi sekarang ini kau nak proteslah dengan menjalar naik dinding ini?

Jalar: Kalau dia orang tak faham-faham lagi, aku nak lari saja dari sini!

Jalur: Lari? Lari dari sini? Ho, ho, ho, ho, ..................

Bermimpikah aku? Aku perlahan-lahan membuka sedikit tingkap dan mendengarnya lagi. Tetapi yang pasti hanyalah desiran angin pagi. Sejuk dan sekali-sekala menyeramkan.......................

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment