Wednesday, February 04, 2009

Sentiasa berpandangan positif

Sentiasa berpandangan positif
(Untuk posting asal, klik di sini)

Kawan saya (manager Pos Malaysia) ini sememangnya sentiasa berpandangan positif. Bukan sekali-dua saya dan rakan-rakan lain dalam mailing list group Warga Kilang “menembak” Pos Malaysia ini. Tetapi dia sebagai pengurus (dan secara tak langsung mewakili Pos Malaysia) sentiasa menerima pandangan-pandangan (kritikan kadang-kadang kutukan) dari kami.

Sikap professional sebeginilah yang sebenarnya diperlukan untuk bergelar seorang pengurus di jabatan perkhidmatan.

Saya sendiri biasa menerima pandangan, kritikan dan kutukan dari orang ramai malah dari pelajar-pelajar saya sendiri mengenai program akademik ataupun aktviti-aktiviti sukan bermotor dan kemasyakatan yang saya anjurkan dan kendalikan. Bukan hendak membangga diri, saya sedaya upaya cuba bersikap positif terdapat semua feedback dan response ini. Pada masa yang sama, saya cuba menyelesaikannya atau mencadangkan penyelesaian yang boleh diperolehi dari pihak lain, jika perlu atau saya tidak boleh menyelesaikannya.

Berikut adalah email-email dari kawan saya. Perhatikan masa yang tercatat dalam email-emailnya. Dia membalas email asal saya (dikirim malam semalam) dengan seawal mungkin.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

From: (email kawan saya manager Pos Malaysia)
Sent: 04 February 2009 08:21
To: Lukman Bin Wan Mat Daud;
Cc: filateli
Subject: RE: Agaknya kat sapa aku boleh komplen!
Sdr. Lukman

Thank you for your kind opinion and I will forward your frustration and concerned to the philatelic department for them to improve in future.

Onbehalf Pos Malaysia

(nama kawan saya manager Pos Malaysia)

From: Lukman Bin Wan Mat Daud
Sent: Wednesday, February 04, 2009 8:08 AM
To: (email kawan saya manager Pos Malaysia)
Subject: RE: Agaknya kat sapa aku boleh komplen!

Salam semua

Biar saya ucapkan terima kasih atas penjelasan (nama kawan saya manager Pos Malaysia) dalam hal ini.

Memang betullah kata pak guard India (security) kat luar dewan tu. Kata dia; Sultan sendiri mahu datang rasmi tapi ini hari dia sibuk bagi medal (pingat). Esok baru boleh Sultan boleh datang.

Bagaimanapun ada dua alternatif yang lebih "manis" menangani isu ini.

Pertama, letaklah signboard besar atau banner kat luar dewan Cityhall tu maklumkan perubahan tarikh ini. Janganlah nak harap pak guard itu nak explain. Explanation itu sebagai complimentary saja.

Kedua, apa salahnya pameran itu diteruskan juga sbb perasmian tak semestinya di awal acara. Perasmian boleh dilakukan di tengah acara mahupun di akhir acara.

Sekadar pandangar dari "customer".

Lukman

From: (email kawan saya manager Pos Malaysia)
Sent: 04 February 2009 07:36
To: Lukman Bin Wan Mat Daud
Cc: filateli
Subject: RE: Agaknya kat sapa aku boleh komplen!
Salam Lukman,

Pertamanya saya minta maaf bagi pihak Pos Malaysia atas kesusahan yang menimpa saudara yang begitu berminat pergi dari jauh untuk pameran tersebut.

Pada mulanya memang pameran itu telah dijadualkan bermula pada 3/2/2009. Tetapi disebabkan kerajaan negeri Perak telah mengumumkan tarikh tersebut adalah cuti umum, jadi perasmiannya terpaksa ditangguhkan kepada hari ini 4/2/2009.

Ini berkaitan dengan pelancaran setem jubli perak untuk Sultan Azlan yang sepatutnya berlangsung kelmarin, tetapi telah ditunda atas sebab Sultan sendiri hanya dapat melancarkan setemnya pada hari ini.

Semua top management Pos Malaysia pun telah berada di sana kelmarin sebab dah rancang awal tarikh tersebut.

Jadi sekali lagi mohon maaf dan terima kasih kerana minat saudara kepada setem kita.

(nama kawan saya manager Pos Malaysia)

No comments:

Post a Comment