Tuesday, March 17, 2009

Rezeki Bukit Gantang melimpah ke Taiping meruah ke Matang

Rezeki Bukit Gantang melimpah ke Taiping meruah ke Matang

Dua, tiga minggu lepas member orang rumah aku minta advise sebab ada perwakilan Wanita Johor nak sewa rumah buat Bilik Gerakan Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang ini. Aku bagilah sedikit nasihat untuk “up-kan” sewa dan juga jangan lupa duit deposit elektrik dan air.

Minggu lepas aku dapat call dari TV3. Biasalah kalau TV3 Unit Sukan atau Majalah yang nak buat coverage di Taiping ini contact aku terutama kalau Cub Prix. Ini dari Unit Berita. Aku tunggu-tunggu juga manalah tahu RTM dan Astro Awani nak call aku!

Pada masa yang sama ada geng 4x4 dari Terengganu yang risik-risk homestay ka, rumah kosong ka untuk disewa oleh mereka. Geng ini pun nak tumpang meriahkan pilihanraya ini.

Sehari dua lepas pula ada geng Polis dari selatan yang tanya hal yang sama.

Pastinya mereka ini bukannya menanyakan rumah untuk diinap tapi juga ditanya dimana tempat untuk menjamu selera.

Semuanya ini kerana rezeki Bukit Gantang yang melimpah ke Taiping dan meruah ke Matang. Semua hotel, rumah tumpangan, homestay, rumah sewa malah bilik Jabatan Belia full house. Mee Udang Banjir Mak Teh dan Salleh di Matang jangan cakaplah, silap-silap haribulan kena ambil tiket-q.

Macamanapun aku cuma menghubungkan terus permintaan-permintaan ini kepada mereka yang aku kenal. Tak ada ”masyuuk” pun yang pasti bill telefon aku mesti tinggi bulan ini.

Lebih menarik lagi yang buat deal dengan aku datangnya dari pelbagai pihak. Dari ”geng songkok puteh” dan ”geng songkok hitam tinggi sejengkal” hinggalah geng yang tak pakai songkok.

Oh meriahnya Malaysiaku! Perakku! Taipingku (ops! bukan Taiping tapi Bukit Gantang!)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment