Thursday, April 09, 2009

Bawal Goreng Juru; Warung Kelapa Sawit Vs Gerai Kak Yah Din









Bawal Goreng Juru; Warung Kelapa Sawit Vs Gerai Kak Yah Din

Makanan

Bawal Goreng Warung Kelapa Sawit, Jalan Tok Kangar, Juru

1. Bawal Goreng – ada 5 kuali. Masa menunggu kurang. Self service ambil ikan.
2. Sambal kicap – kurang pedas.
3. Pilihan lauk lain – banyak
4. Pilihan air – banyak
5. Pilihan buah – banyak
6. Harga bawal – average RM 5.00. Kalau besar seekor RM 6.00.

Bawal Goreng Kak Yah Din Belakang Molex, Juru

1. Bawal Goreng – ada 2 kuali. Terpaksa tunggu. Ikan bukan self service.
2. Sambal kicap – self service Kicap Cap Kipas Udang campur sambal belacan
3. Pilihan lauk lain – terhad
4. Pilihan air – terhad
5. Pilihan buah - terhad pisang sahaja
6. Harga bawal – average RM 5.00. Kalau besar seekor RM 6.00.


Fasiliti

Bawal Goreng Warung Kelapa Sawit, Jalan Tok Kangar, Juru

1. Lokasi – tepi jalan mudah jumpa
2. Parking – banyak dalam ladang kelapa sawit
3. Meja makan – banyak open space bawah pokok kelapa sawit, terhad bawah bumbung. Kalau hujan masalah.
4. Hygiene – banyak lalat. Burungpun banyak. Tak boleh tinggal makanan atas meja.
5. Bilik air – tak ada rasanya.


Bawal Goreng Kak Yah Din Belakang Molex, Juru

1. Lokasi – belakang kilang Molex, jalan mati
2. Parking – terhad
3. Meja makan – banyak bawah bumbung. Tiada open space.
4. Hygiene – lalat dan burung tak ada.
5. Bilik air – ada tetapi kurang memuaskan.

Panduan ke Bawal Goreng Warung Kelapa Sawit, Jalan Tok Kangar, Juru.

1. Keluar interchange Juru.
2. Traffic Light MacDonald/Pelita – belok kiri – terus jumpa Stesen Petronas (sebelah kanan).
3. Perlahan bila jumpa rumah kedai sebelah kiri (ada kedai tayar Silverstone).
4. Apabila sampai Nusery Pokok (sebelah kiri), belok kanan ke simpang kecil.
5. Kemudian belok kiri. Akan nampak Warung ini.
6. Kalau terlepas simpang ke kanan (hadapan Nusery Pokok) ini – terus akan nampak warung ini (di sebelah kanan) jalan – terus lagi dan U-turn di rumah kedai hadapan.

*Peta laluan akan di-up-load kemudian.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






Semua gambar-gambar di atas adalah dari Warung Kelapa Sawit

5 comments:

  1. mcm best jer kan tempat nih...nak gi try la nnti..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Pergi dua-dua tempat belakang Molex dan Kelapa Sawit ni ;-)

    Lukmanw

    ReplyDelete
  3. wasalam..

    okeh..okeh..akan try gi nnti..thanks

    ReplyDelete
  4. Best...hari ahad dia bukak tak?

    ReplyDelete
  5. Hari-hari buka. Kalau tutup Kelapa Sawit boleh cuba Molex

    ReplyDelete