Wednesday, May 06, 2009

Roti Canai Highway Corner Sungai Dua, Seberang Prai



Roti Canai Highway Corner Sungai Dua, Seberang Prai

(Kari Dal atau ada yang panggil Parpu biasanya Kacang Dal ditambah hirisan atau potongan Kacang Panjang, Terung, Bendi, Kentang dan Karot. Ada juga yang bubuh Kobis. Bahan-bahan ini menjadi pilihan masakan ala-mamak. Kalau melayu pula ditambah pisang muda, umbut pisang dan kadang-kala mempelam muda!

Itu sayur-sayurnya, kalau daging pula ditambah tulang (rangka) ayam, kaki atau tengkok ayam. Kalau lembu dan kambing pula, bahagian tulang dan rusuk menjadi pilihan!

Di Taiping sebenarnya selepas Air Kuning menghala ke Changkit Jering, Warung Pokok Manggis di situ menyediakan Roti Canai berkuahkan Kuah Dal dengan Keledek. Seawal 7 pagi warung kecil bawah rimbunan pokok-pokok manggis ini sesak dengan pelanggannya. Di pinggir jalan berbaris kenderaan terutamanya van hospital, pickup Plus, trak askar dan TNB.)


Minggu lepas dalam perjalanan awal pagi dari Taiping ke Sintok, aku singgah di Warung Highway Corner. Warung ini betul-betul berhampiran simpang Sungai Dua dan lebuhraya. Kalau dari lebuhraya kena buat U-turn di stesen minyak yang berdekatan.

Kali pertama aku datang ke warung ini dua minggu lepas. Jam baru pukul 10.30 pagi tapi roti canai dan nasi lemaknya sudah habis. Kali ini aku datang belum lagi jam 8 pagi.

Kuah Roti Canai di sini Kuah Dal tanpa apa-apa bahan tambahan. Betul-betul “Dal-Kosong”. Tapi kuahnya tiada tandingan. Kuahnya manis macam ditambah gula! Manis ini disebabkan keledek yang turut dipotong kecil ala-kiub. Itupun ada pelanggan yang order kuah diminta tambah gula!

Walaupun tanpa tambahan sayur-sayuran, kuah ini dimasak dengan kaki dan tengkok ayam. Ada pelanggan (rasanya regular customer!) yang minta kuah “ceduk buntuk periuk”!

Berbeza dengan Kuah Dal Roti Canai Warung Pokok Manggis yang agak pekat, Kuah Dal Roti Canai Warung Highway Corner ini agak cair. Aku lebih gemarkan kuah yang cair sebegini.

Kalau sesiapa yang datang dari Rumah Tol Sungai Dua, perlu belok kiri dan warung ini terletak di sebelah kanan jalan. Terus sampai ke deretan warung-warung Mee Udang Sungai Dua dan buat U-turn di stesen minyak berhampiran.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment