Thursday, June 18, 2009

Ikan Bakar Tasek Raban depan Stadium Perak

Ikan sungai bakar dari Tasek Raban

Aneka ulam dan masakan kampung

Beraneka sambal tempoyak, sambal belacan dan sambal kelapa

Ikan bakar ikan laut (kembung dan pari) serta ayam bakar

Menu pilihan kami tiga beranak minggu lepas

Air kelapa pandan

Cuci calat!

Untuk 3 orang makan dengan puas

Parking kereta yang luas. (gambar jam 3.30 petang, tengaharinya sesak!)

Ikan Bakar Tasek Raban depan Stadium Perak

Semasa saya bertugas sebagai Pengurus di Kilang Simen di Ipoh pada 2006-2007 dahulu, Restoran Ikan Bakar Tasek Raban berhadapan Stadium Perak ini sentiasa menjadi pilihan terutamanya ada tetamu ataupun lawatan pihak berkaitan ke kilang. Restoran ini masih lagi mempunyai cawangan utamanya di Tasek Raban, Lenggong. Restoran cawangan di Ipoh ini dibuka di sebuah rumah kedai lot hujung di Tasek sebelum ini, sebelum berpindah berhadapan Stadium Perak ini yang lebih selesa.

Selain dari menunya terdiri dari pelbagai ikan bakar sungai dan laut, masakan ala kampung serta beraneka ulam dan berjenis sambal sambal, suasana dalam restoran terbukanya ini begitu selesa dilengkapi dengan begitu banyak kipas angin. Tempat letak keretanya juga begitu luas.

Seperti biasa menu pilihan kami tiga beranak minggu lepas ialah ikan bakar sungai dan juga ikan laut (pari dan kembung), ulam petai bakar, bendi rebus, terung rebus, jering mentah, timun mentah dan pegaga. Sambalnya pula terdiri dari sambal belacan, tempoyak dan sambal kelapa. Satu dua masakan kampung juga dipilih. Kadang-kadang ikan pekasam dan ikan kering menjadi menu tambahan. Manakala airnya yang mesti adalah Air Kelapa Pandan..

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment