Saturday, November 21, 2009

Mee Kolok Sarawak. Order Mee Kolok Sup!




Mee Kolok Sarawak. Order Mee Kolok Sup!

1. “Beli Tikar Sarawak.”

2. “Beli Terubuk Masin Sarawak.”

3. “Beli Kek Lapis Sarawak.”

4. “Cuba makan Mee Kolok Sarawak.”

Sepanjang dua-tiga bulan berulang-alik ke Miri ini, sering-kali aku diajukan pesanan-pesanan di atas. Oleh kerana pesanan no. 1 hingga no. 3 itu mudah didapati di Semenanjung, aku abaikan sahaja.

Pesanan no. 4 aku dapat kurang jelas. Mula-mula order dapat Mee Goreng dengan tekstur mee-nya halus (macam Maggi!) dan digoreng hitam dengan hirisan nipis kecil daging. Rupa-rupanya kalau minta Mee Kolok itulah yang sampai.

Kali kedua aku lebih bersedia setelah dapat tips dari Bellboy Hotel yang aku menginap. Aku minta Mee Kolok Sup.

Sebenarnya Bellboy ini ajak aku tunggu dia sampai habis kerja jam 11 malam. Dia boleh bawa ke Mee Kolok Miri yang betul-betul holiyau punya! Memandangkan ada paper work perlu disiapkan malam ini, aku menolak ”tawarannya” sambil meminta direkomenkan mana-mana tempat makan terdekat dengan hotel yang ada menjual Mee Kolok ini.

”Abang pergi saja Restoran Serai Wangi, sebelah EON Bank depan simpang traffic light Hotel Mega. Betul abang tak nak pergi dengan saya malam ini? Kalau abang tak biasa naik motor, saya balik rumah ambik kereta dulu. Lepas makan Mee Kolok, boleh saya bawa abang ronda-ronda lagi tengok Miri waktu malam!”

Bersungguh-sungguh benar ”kawan baru” aku ini! Menarik juga tawarannya terutama bab ”tengok Miri waktu malam”.

”Tak apalah! Abang sibuk sikit malam ini. Lain kali abang datang lagi kita pergi ronda-ronda.” Ehm, ehm.... terlepas aku!

Aku ke Restoran Serai Wangi berseorangan. Seperti disyorkan juga, aku memilih untuk bersantai di gerai yang juga milik restoran ini yang terletak berhadapan restoran. Aku mengorder Mee Kolok Sup walaupun teringin untuk merasa Nasi Lelapan bersama Ikan Bawal atau Tongkol. Ramai penghujung di restoran ini tampaknya memilih menu ini. Tak apa bulan depan datang dengan family boleh cuba menu ini.

Sama seperti Mee Kolok Goreng sebelum ini, tekstur mee-nya halus. Rasa mee-nya hampir serupa dengan Mee Sanggul yang biasa dimasak Sizzling itu tapi saiznya lebih halus. Kuah supnya mirip sup jernih di Semenanjung. Manakala sos cili merahnya menyerupai sos cili Sup Utara. Di atas timbunan mee turut ditabur hirisan nipis daging.

Rasanya? Mungkin ”taste” aku tidak begitu mengemarinya. Tak tahulah pula kalau aku mencuba Mee Kolok yang direkomenkan oleh Bellboy Hotel tadi. Kena cuba jugalah nanti (boleh ronda-ronda juga! ehm, ehm!).

Ada satu pesanan sesama ”Geng Satu Company” iaitu; 5. ”Kirim Gambir Sarawak.”

Hendak buat apa?

Katanya untuk ”ubat sakit gigi.”

Kata aku, kalau sakit gigi, pergi cabutlah!

Tapi kata ”Geng Satu Company”, bila calit Gambir Sarawak – jangan cabut! Biarkan saja sebab dia tahan lama!

Tak faham aku!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: