Kain Rentang hadapan warung
Kaunter laksa dan minuman
Order, ambil makanan, makan dahulu - bayar kemudian
Di kaunter laksa sahaja ada lebih 5 orang pekerja
Sistem layan diri yang cepat dan mesra
Kuah laksa yang sentiasa panas berasap menanti pelanggan
Laksa Janggus di Pulau Betong, Balik Pulau
Setelah beberapa kali di-provoke oleh Explorer dan juga oleh sanak-saudara sebelah isteri seorang aku itu di Penang, maka petang tadi kami 3 beranak menuju ke Pulau Betong, Balik Pulau untuk merasai sendiri kesedapan Laksa Janggus ini.
Sama ada anda dari Bayan Lepas mengikut jalan lama (sekarang dalam proses pembesaran jalan), dari jalan baru Relau/Bukit Jambul atau dari Teluk Bahang/Feringgi – carilah pekan kecil Genting.
Dari persimpangan tiga pekan kecil Genting ini, anda belok ke Pulau Betong sehingga sampai ke satu lagi persimpangan tiga. Dari sini belok kiri dan sekitar 3 km, Warung Laksa Janggus ini terletak di sebelah kiri jalan.
Pastinya deretan kereta di hadapan warung ini akan memudahkan lagi anda untuk berjumpa warung ini.
Isteri saya seorang itu memang hantu Laksa, berbeza dengan saya dan anak lelaki saya seorang itu. Bagaimanapun anak lelaki saya seorang itu berupaya “melicinkan” semangkuk dan saya yang hanya menumpang sesudu-dua, bersetuju dengan pandangan isteri saya seorang itu – memang Laksa Janggus ini amat enak!
Ingatkan di dalam mangkuk Laksa itu akan terdapat Daun Janggus. Rupa-rupanya hanya ada sebatang Pokok Janggus di halaman warung ini dan bukannya ada Daun Janggus di dalam mangkuk Laksa.
Di samping Laksa, Pisang Goreng dan Keledek Goreng di sini juga menjadi tumpuan. Berbaris pelanggan untuk membelinya!
Di samping itu terdapat juga menu-menu lain seperti Mee, Beehon dan Ketiaw yang tersedia untuk dimasak secara Sup dan Kuah. Turut dijual Rojak Buah. Bagaimanapun menu-menu sampingan ini bagi saya biasa-biasa sahaja.
Warung dibuka dari jam 3 petang hingga 8 malam. Tutup setiap hari Rabu.
Sabtu dan Ahad pekerjanya mencapai 15 hingga 16 orang. Manakala hari biasa sekitar 10 orang sahaja. Hidangan secara layan diri. Anda ambil makanan, makan dahulu kemudian baru kira.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Kuah likat pekat
Ulam ringkas dan tiada telur rebus
Isteri saya seorang itu - licin cuci calat semangkuk!
Anak jantan seorang saya itu juga licin cuci calat!
Menu lain berasaskan Mee, Beehon dan Ketiaw
Kaunter Rojak Buah
Rasanya biasa-biasa saja!
Dapur gorengan pisang dan ubi keledek
Kualinya tidak henti-henti mengoreng
Pekerjanya pula tidak henti-henti membungkus
Kaunter Pisang Goreng dan Ubi Keledek Goreng - berbaris pelanggan menunggu!
Salah satu ruangan makan. Terdapat 2 ruangan makan yang luas
Menu dan senarai harga
Ada Punch Card untuk pekerja
laksa dia lain dari yang lain
ReplyDeleteAduh...aku ni memang hantu laksa. Kalau hang cakap awai-awai lagi, memang sah aku dan anak buah aku serta kawan-kawan 'sekawah' aku dah pi serang laksa janggus nie. Aku tengok gambak tu pun dah meleleh ....
ReplyDeleteHahaha.memang aku ni hantu laksa sejak kecil lagi. Tapi masa tu di Taiping, laksa yang mak aku buat aku rasa memang sedap sebab ada banyak jenis ulam ulaman seperti ulam raja, daun chenohong, daun janggus, bunga kantan, daun pudina, timun, bawang dan sebagainya. Tapi yang paling aku miss sekarang ini ialah laksa dengan ulaman daun janggus. Masa bertugas di Kelantan dulu, ulaman seperti ini memang senang diperolehi. Boleh dikatakan walaupun bertugas di Kelantan, tapi laksa utara still mejadi pilihanku. Bayangkan pelbagai jenis ikan yang murah dan pelbagai jenis ulaman yang ada, semuanya itu adalah pelengkap untuk laksa. InsyaAllah, aku pasti sampai di warung laksa janggus suatu hari nanti.