Tuesday, December 22, 2009

Brunei Darussalam 14 - 15 Disember 2009


Brunei Darussalam 14 - 15 Disember 2009

Nasib baik Memory Card XD yang merakamkan gambar-gambar percutian di Brunei dapat di-recovery balik data-data yang hilang secara tak sengaja. Hampa juga jika 246 gambar yang telah diambil hilang begitu saja. Terima kasih kepada rakan di Changlung yang me-recovery-kan data-data secara percuma pula tu!

Kisah sebelum ini boleh dilihat di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pantai Seri Kenangan @ Pantai Tuntong

Bersama kenalan baru sekeluarga di Brunei yang telah mengambil cuti dan sudi membawa kami bersiar-siar!

Hadapan pintu Bangunan Alat Kebesaran DiRaja Brunei

Kasut-kasut yang ditinggalkan oleh pengunjung tetapi tidak pernah hilang!

Hanya di paras bawah berhadapan pintu masuk dibenarkan bergambar

Hadapan replika Usungan Di Raja (Royal Chariot) yang bersalut emas

Anak kenalan baru yang manja

Antara alat kebesaran DiRaja yang bersalut emas

Hadapan Usungan DiRaja

Sisi tepi Usungan DRaja

Pedang & perisai pengawal iringan Usungan DiRaja

16 Awang-awang

Ruang bawah bangunan

Antara kubah Masjid Jamek Asri yang bersalut emas

Sisi kubah yang bercahaya indah di waktu malam

Hadapan pancur air ruang bawah sahaja dibenarkan bergambar

Lima pancur air sebagai simbol Lima Rukun Islam

Berbalut di belakang ialah tangga elektrik khas untuk Sultan jika hadir ke masjid

Susur Jalan Berbumbung dan pada masa yang sama ruangan untuk rak kasut

Setiap arah laluan ke masjid terdapat Susur Jalan sebegini

Bot laju di Kampung Air

Pengangkutan harian kepada penduduk di sini

Berlatar belakang pemandangan Kampung Air

Kampung Air dengan komuniti yang lengkap

Sekolah Menengah di atas air. Mesti ada yang buat alasan pensil jatuh dalam air, kata anak jantan saya seorang itu!

Tak pasti bagaimana sistem tandas sekolah di sini!

Balai Bomba di atas air. Walaupun di atas air, perkhidmatan bomba tetap diperlukan

Sekolah Rendah

Kenderaan di tanah besar sama milik penduduk Kampung Air atau yang pergi bekerja di Kampung Air

Di hadapan Yayasan Food Court dan beberapa pusat membeli belah di sekelilingnya

Dalam apa-nama Mall itu sudah lupa namanya!

Masakannya banyak bercirikan Indonesia









Menu Urat paling popular di sini

Restoran makanan segera

Antara cenderahati berbentuk replika




Muzium Brunei di Kota Batu (selepas Kampung Air)

Muzium yang lengkap dengan koleksi arkeologi, salasila DiRaja, Seni Islam dan Melayu Brunei serta sejarah dan teknologi minyak

Hanya di ruangan legar sahaja boleh bergambar



Hampir semua tempat lawatan ini menyediakan perkhidmatan laci percuma

Berhadapan Istana Sultan Hassanal Bolkiah. Di dalam lengkap dengan tapak pendaratan helikopter dan padang polo

Dengan Toyota Vios inilah kami mengelilingi Bandar Seri Begawan (Harga Vios di sini sekitar B$22K atau RM 55K!)

Nasi Katok Mama yang terkenal di Brunei hanya B$1.00 serta banyak cawangannya

Nasi Katok (Nasi Ekonomi) dengan Seketul Ayam Goreng yang besar, Sambal Pedas dan Nasi Puteh (beras wangi).

No comments:

Post a Comment