Sunday, December 27, 2009

Yang! Abang nak kahwin satu lagi!

Yang! Abang nak kahwin satu lagi!

Kaji dulu langit dan bumi. Semuanya aman. Angin berhembus sepoi-sepoi. Matahari pula tidak membahang. Semuanya aman sentosa. Kumat-kamit sikit. Hembus sana-sini mana yang patut!

Kaji dulu sifat wanita. Semuanya sempurna. Kitaran hari telah dikira walaupun ingat-ingat lupa. Telekung masih belum dibasuh memberi tanda ”mood”nya tidak terganggu.

”Yang! Abang nak pinjam duit sikit!” cakap perlahan-lahan. Lembut gigi dari lidah!

Berapa abang nak?”, ayat standard dari isteri aku seorang itu. Biasa le itu. Maklumlah rekod repayment bagus!

”Abang nak buat apa? Yuran PhD tu baru aja bayar minggu lepas. Duit Cub Prix baru dapat. Duit claim mengajar pun baru dapat aja kan?” Tanyanya lagi.

”Abang nak kahwin satu lagi le Yang!”

………………..

”Berapa ribu abang nak?”

Betul ke orang rumah aku seorang ini nak bagi!

”Abang nak RM 12 ribu!”

”RM 12 ribu! Mak oooi! Abang nak kahwin anak dara ke?”

’Janda! Hantaran RM 7 ribu. Perbaik apa patut RM 2 ribu. Balance RM 3 ribu lagi sepersalinan lengkap serba puteh dari atas kepala hingga seluar. Kasut paras lutut itu saja warna hitam.”

”Janda siapa abang? Kenapa tak cari anak dara?”

”Janda polis! Ada anak dara tonggek takut tak larat nak celepak naik hari-hari. Ada anak dara tangan panjang takut tak larat angkat bahu!”

”Ini mesti Cikgu Azmi yang rekomen ini!”

Tahu tak apa. Memang semenjak aku cerita pasai Cikgu Azmi yang sama-sama berlakon dalam filem Pelumba Malam sebagai Mat Motor (Superbiker) terjumpa balik aku dalam alam siber (blog), orang aku seorang aku itu sudah kerap bertanyakan bila lagi aku nak start bali k hobi aku semasa zaman bujang dahulu.

Semenjak dua menjak Cikgu Azmi sudah mula ”mengayat” aku.

Marilah sama-sama beristerikan satu lagi. Jangan pilih anak dara! Bukan sahaja mak oi mahal dan maintenance tinggi, shape badannya sahaja boleh patah pinggang kalau celapak naik.

Pilih sahaja janda jenis telanjang depan! Biar dada mendepang keluar lagi senang nak mantenance. Janda polis lagi bagus! Bukan saja hanya boleh naik solo, lengkap lagi kopek kiri kanan!

Jangan salah anggap! Kalau sekali-sekala nak lepas gian, janda polis ini boleh perah sampai habis jarum jam lagi! Kalau hati masih berani macam geng Daya Bumi 80an dulu, siap boleh peluk perut ”Kuda Puteh” ini sambil gesek kepala lutut! Kalau hati kering le!

Klik sini kalau nak tengok Cikgu Azmi dengan isteri keduanya iaitu janda polis! Serba puteh!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment