Kenduri Kahwin Makan Ikan Keli Goreng Cabai
Inilah pertama kali aku makan kenduri kahwin berlaukan Ikan Keli Goreng Cabai. Paling aku suka ikan kelinya kecil-kecil sahaja. Kalau besar bok macam Ikan Keli Afrika tu, nak makan pun tak lalu.
Sudah lama aku tak bekerja pada hari Ahad. Kebetulan minggu ini belum lagi bermula kelas di Miri, KL dan Prai di hujung minggu, matahari sudah sepenggalah aku keluar rumah dari Taiping menuju ke Sintok.
Aku singgah di Bukit Tangga yang bersebelahan dengan Bukit Kayu Hitam. Terkejut juga melihat pembangunan pesat yang lengkap kemudahan asas di dalam kawasan perumahan ala Felda di Bukit Tangga ini. Setiap rumah mempunyai batu tanda khas yang lengkap dengan nama dan alamat penghuni rumah.
Aku dijemput oleh seorang staf di Bahagian Pencetak UUM. Walaupun umur kami malah bidang kerja agak jauh berbeza, aku cepat erat dengannya. Melihatkan kenalan baru aku ini sebenarnya aku seolah-olah melihat diri aku sendiri pada usianya.
(Malah kalau dilihat gambar-gambar lama aku semasa seusia dengannya ada mirip-mirip!)
Kami sama-sama meminati kenderaan beroda empat dan beroda dua. Tidak hairanlah sekarang ini dia memilik sebuah kenderaan pacuan 4 roda (di samping sebuah kereta sedan biasa), sebuah superbike 750cc, sebuah scrambler, sebuah VW Kombi dan sebuah Mini. Pada masa yang sama beliau juga seorang ahli Radio Amatur yang aktif di Utara ini.
Tetapi yang memungkin aku terkilan jika tidak menghadiri kendurinya hari ini ialah menu special yang memenuhi cirasa aku. Menunya ialah;
Nasi Puteh / Nasi Minyak
Gulai Daging
Ikan Keli Goreng Cabai
Gulai Peria Udang
Telur Masin
Ulam Betik Muda, Terung dan Pucuk Janggus
Sambal Belacan
Air Sirap
Bubur Gandum campur Jagung
Aku makan siap bertambah! Manakan tidak Warga Emas yang duduk semeja dengan aku yang bangun mengajak menambah!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Pelbagai info2 menarik berkaitan ikan keli....
ReplyDeletehttp://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/