Friday, January 01, 2010

Nasi Campur MS Madinah Bayan Lepas



Nasi Campur MS Madinah Bayan Lepas

Member aku dan adik-beradik orang rumah seorang aku itu pesan; kalau jemu makan Nasi Kandar atau Nasi Dalca Mamak di Penang, hang pi cari Nasi Melayu di MS Madinah Bayan Lepas.

Hang pi Airport. Sampai kona Airport, hang terus naik flyover. Turun flyover atas roundabout itu ada simpang belah kiri. Kedai kecil Nasi Melayu MS Madinah ni betui-betul lepas simpang tu.

Hari ini tengahari tadi sebelum solat Jumaat dan sebelum naik kapalterbang, aku pi cari Nasi Melayu MS Madinah ni. Senang saja lokasi dia. Mus Speedrider mesti tahu tempat ni. Nak ajak makan sekali rasanya tak balik lagi dia dalam siri "riding solo" tu.

Memang menunya menyelerakan. Ada Ayam Goreng Rempah. Ada Kari Bawal dan Bawal Goreng. Ada Sotong dengan dua, tiga stail masakan. Ada Cencaru Belah Belakang. Ada Pecal. Ada Ulam-ulam kampung serta Sambal Belacan. Pari Cecah Asam pun ada.

Aku ambil Masak Lemak Telur Itik. Tapi tak ada belimbing. Rasa juga masam dia dengan Asam Gelugur!

Bila ada Masak Lemak mesti nak benda masin sikit. Ada Ikan Masin dan ada Telur Masin.

Melengkap menu pilihan, aku ambil Bergedel dan Timun serta Sambal Belacan.

Kesimpulannya; memang rasa Masakan Melayu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/














2 comments:

  1. I typed nasi lemak bayan lepas and got your blog. Looks good mang. Maybe will go there tomorrow.

    ReplyDelete
  2. Yeah looks and proven good. Just tried again last 2 week before taking flight to KL.

    Rdgs

    Lukman

    ReplyDelete