Sunday, January 10, 2010

Panduan ke Rope Walk, Lorong Kulit, Penang


Panduan ke Rope Walk, Lorong Kulit, Penang

Entah mengapa dalam bulan Disember 2009 dan Januari 2010 ini ramai yang menghantar email kepada saya bertanyakan panduan untuk ke Pasar Lambak Flea Market di Lorong Kulit Pulau Pinang itu.

Posting kali khas untuk mereka yang menghantar email tetapi belum lagi saya membalasnya.

1. Sekiranya anda dari Jambatan Pulau Pinang.

Ketika sampai di penghujung jambatan di persimpangan Bayan Lepas/Gelugor/Georgetown - belok kanan ke Georgetown terus melepasi Caltex dan Tesco. Terus ke Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang, Jangan belok kiri (selepas Tesco). Terus melepasi flyover pertama. Sebelum flyover kedua - belok kiri ke Sungai Pinang (di persimpangan flyover ini). Terus sehingga jumpa persimpangan Jalan P. Ramlee. Belok kanan, selepas masjid (selepas titi kecil) belok kiri ke Stadium.

Parking kereta anda di Parking Stadium dengan kadar 30 sen sahaja. Sekiranya anda malas untuk berjalan dan sanggup membayar RM 1.00 untuk hari biasa dan RM 2.00 untuk hari Sabtu dan Ahad, anda boleh terus mencari parking bersebelahan tapak Pasar Lambak ini.

2. Sekiranya anda dari Pusat Bandaraya.

Landmark Komtar. Masuk Jalan Dato Keramat (Gama). Terus sehingga berjumpa Balai Polis Daro Keramat di sebelah kanan anda. (Bukan Balai Polis IPD Timur Laut di sebelah kiri anda). Ada lampu isyarat berhadapan balai polis ini. Belok kanan selepas lampu isyarat. Anda akan berjumpa dengan Workshop TNB dan tapak Pasar Lambak ini berhadapan Workshop TNB ini.

Semoga panduan peta di atas dapat membantu anda. Apa lagi
Che Puan Rahaniss, bila nak datang cari koleksi pinggan di sini?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Rasa-rasanya kalau saya tak mengajar dan buat motorsport, saya boleh jadi tourist guide! Kerajaan Negeri Perak (sebelum PRU 12) itu memang setiap tahun menganugerahkan saya sebagai salah seorang
Rakyat Perak yang aktif mempromosikan Negeri Perak. Kerajaan Negeri selepas PRU12 dan sekarang agaknya tak terjumpa file-file pengelibatan saya dalam pelbagai aktiviti untuk negeri Perak.

Biasanya juga saya diminta untuk memberi pandangan dan nasihat dalam bidang OSH dan Motorspots.

Stadium Pulau Pinang

Pintu hadapan stadium

Pintu No. 1 (ikut panduan peta) berhadapan Medan Selera

Pintu No. 2

Pintu No. 3 berhadapan Workshop Bas

Pintu No. 4 berdekatan Workshop TNB

Pintu No. 5 berdekatan Rumah Pangsa Stadium

Pintu No. 6 (berhadapan pintu utama stadium) kawasan buah-buahan

Medan Selera Lorong Kulit. Sebelah kiri boleh Perkena Charketiaw Sinar Bintang

Sebelah kanan Medan Selera boleh perkena Roti Canai dan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Apek Buku ini berdekatan Pintu No. 2 (Lorong ke 2)

Aksesori telefon bimbit berdekatan Pintu No. 3

Barangan Koleksi Tembaga berdekatan Pintu No. 4. Ada juga Ane jual buku-buku akademik terpakai di sini

Parking berdekatan Medan Selera Stadium hanya 30 sen tetapi kena berjalan sedikit

Gerai buah-buah di pintu-pintu pagar berhampiran pintu utama stadium sedikit!

2 comments:

  1. BOleh bagi cadangan tak, Rope Walk ni org byk bukak kedai start pukui berapa? Saya igt nak pi hari Sabtu nanti....

    ReplyDelete
  2. Salam Intna

    Sabtu/Ahad dibuka seawal 8 pagi dan berakhir 2 petang.

    Hari lain dibuka seawal 9 pagi dan berakhir 1 petang. Bagaimanapun gerai dibuka semua sekitar 10 pagi.

    Lukmanw

    ReplyDelete