Wednesday, January 13, 2010

Walaupun berbeza pegangan, hubungan kekeluargaan tidak putus


Walaupun berbeza pegangan, hubungan kekeluargaan tidak putus

Entah mengapa antara ruangan kecil di dalam akhbar yang aku suka baca ialah ruangan Obituary, Notis Mahkamah Muflis, Notis Mahkamah (Syariah) Mencari Wali, Notis Majikan Memaklumkan Pekerjanya Tidak Lagi Bekerja dan sewaktu dengannya. Cuma ruangan kecil keputusan yang bernombor-nombor itu sahaja yang aku cuba jangan tengok dan jerling walaupun Harian Metro yang aku langgan itu sampai 2 mukasurat dipaparnya.

(Ada member buat cadangan, kalau nak kerja paling cepat ialah rujuk sahaja ruangan Obituary. Mesti ada kekosongan kalau simati meninggal dunia semasa masih lagi bekerja!)

Itu bukan cerita sebenar posting kali ini.

Bulan November lepas, semasa dalam penerbangan pulang Miri ke KL, aku terbaca di ruangan Obituary di akhbar dari Sarawak ini.

Tiba-tiba terkedu aku membacanya seperti di atas. Biasanya ada anak yang memeluk Islam tapi ibubapa masih lagi menganut agama asal. Kali ini rasanya siibu berserta dengan dua anaknya yang memeluk agama Islam, dan masih ada dua anak lagi kekal dalam agama asal.

Bagaimanapun seperti tuntutan Islam, walaupun berbeza agama, hubungan kekeluargaan tidak putus.

Al-Fatihah kepada aruah Rosnah Bte. Abdullah @ Lim Chai Lui.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment