Kalau Mak Mertua, memang dah lari!
Tengahari Khamis lepas, angin tiada, ribut tiada, tiba-tiba Mak Long Huduh tercegat depan rumah dengan anaknya Kak Mek. Jam baru pukul 12.00 tengahari. Orang rumah seorang aku itu belum balik dari sekolah. Dalam keadaan serba salah aku menjemput Mak Long Huduh masuk ke dalam rumah.
"Masuklah Mak Long, Kak Mek, saya seorang saja di rumah. Ella tak balik sekolah lagi."
"Mak Long nak gi bilik air jab. Tak tahan dah ni", sambil meluru ke bahagian dapur. Sementara Kak Mek masih bertenggek atas motor EX5nya.
"Nak ke mana ni Kak Mek?"
"Mak Long nak gi Tabung Haji, nak update buku."
"Man ooi Man! Mari sini sat!", terkejut aku dengan laungan Mak Long dari dapur. Kenapa pula orangtua ni.
"Bini mu kenai tak Jeruk Maman ni?", kata Mak Long Huduh sambil mengangkat Tudung Saji atas meja. Sempat lagi dia buat "spot-check"!
"Kenapa Mak Long cakap macam tu?"
"Baik mu taghuk Jeruk Maman ni. Ni Maman Pantai. Maman ni kalau makan ghatai kerongkong! Bini mu Maman pun tak kenai!", Mak Long Huduh mula besarkan volume radio-nya.
"La, Maman ni Man yang beli pagi tadi. Saja tengok molek sangat di tapak Pasar Malam tu Man beli sebungkus!"
"Mak Long ingat bini mu beli. Mu pun tak kenai Jeruk Maman ke Man? Maman Pantai ini Maman liar. Maman yang orang makan tu Maman orang tanam dengan benih."
"Maman ni orang tak makan ke Mak Long?"
"Makan juga tapi ni Maman liar! Tak pa la Mak Long nak gi Tepeng ni. Nanti lambat pula. Mu kalau nak makan Maman telepon Mak Long tapi kena balik makan rumah Mak Longlah!"
"Tak apa lah Mak Long. Mak Long tak mau makan nasi sini ke?"
"Mu ajak sungguh ke? Bini mu pun tak balik lagi! Lagipun tak kan mu nak jamu Mak Long dengan Jeruk Maman Bukit ni? Bini mu dan masak ka? Ataupun hari-hari mu anak-beranak makan kedai kot?"
Aduii.... bisanya! Nasib baik
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
nasib baik tak jadi mentua hang , kalau tak pening
ReplyDeleteMak menakan kesayangan yang hampir jadi mak mertua tu :-)
ReplyDelete