Friday, April 30, 2010

Jamu Maklong Huduh dengan Nasi Lemak Beras Bario



Jamu Maklong Huduh dengan Nasi Lemak Beras Bario

Malam tadi Maklong Huduh makan malam di rumah aku.

Sebenarnya Maklong Huduh dan Kak Hawa, anak perempuan dia nak singgah sholat Magrib saja. Tetapi kerana petangnya Maklong Huduh sudah beritahu dia akan singgah, orang rumah seorang aku itu masak Nasi Lemak Bario yang di-buah tangan-kan dari Geng Miri minggu lepas.

Kata Maklong Huduh, dia dijemput ke Hotel Flemington untuk ceramah perniagaan tani. Mulanya jenuh aku memikirkan di mana letaknya Hotel Badminton! Lepas Maklong Huduh kata di Lake Garden baru aku teringat Hotel Flemington! Nak tergelak juga aku tapi takut kena maki dengan maklong mulut laser aku ini.

Macam biasa lepas sholat Magrib, Maklong Huduh saja buka tudung saji atas meja makan.

"Maklong dah habis sembahyang ka? Jom makan dulu Maklong!", ajak orang rumah aku seorang itu.

"Maklong tak tengok mu semayang lagi?", tanya Maklong sambil selak tudung bekas kaca isi Sambal Tumis Sotong Kering.

"Ella tak boleh sembahyang hari ni.", kemaluan-maluan jawab orang rumah aku seorang itu. Perihatin betul Maklong aku ini.

"Jom Maklong, jom Kak Hawa. Kita makan Nasi Lemak Beras Bario ni!", ajak orang rumah aku seorang itu. Aku buat-buat tak dengar sambil baca paper.

"Nasi Lemak! Mu biar betui! Orang makan Nasi Lemak pagi saja. Ntah-ntah ni nasi pagi tadi mu perangat!" Huh! Mulut laser dah berbunyi!

"Ella baru masak saja sebelum Magrib tadi. Ini Beras Bario dari Sarawak Maklong.", ujar orang rumah aku seorang aku sambil menceduk nasi ke dalam pinggan.

"Boh sikit saja sebab orang yang panggil Maklong dengar ceramah tu kata ada makan malam di hotel sat lagi."

"Sebenarnya Maklong, ceramah perniagaan tani ini ceramah mengenai apa Maklong", saja aku tanya.

"Maklong pun tak berapa tahu tapi Noh anak Paklong Salleh yang dok kumpul orang ni kata boleh buat duit. Nak usaha sendiri boleh, nak masuk modal saja pun boleh!"

"Baik-baik Maklong. La ni ramai yang berniaga atas angin ni.", nasihat aku.

"Ala Maklong nak pergi dengar saja. Merasa juga makan di hotel."

Kelam kabut Maklong Huduh dan Kak Hawa berjamu Nasi Lemak Beras Bario dengan Sambal Tumis Sotong Kering. Itupun sempat komplen menu tak lengkap dengan Timun. Sebenarnya orang rumah seorang aku sudah pesan supaya aku keluar beli timun tapi terlupa.

Pukul 11.30 malam, henpon aku tiba-tiba berbunyi. Tertera nombor Maklong Huduh aku ini.

"Maklong dah sampai Tukuro ke?"

"Tak lagi. Baru nak naik motor depan Hotel Badminton ni"

"Macamana Maklong? Boleh jadi kaya ka? Sedap tak makan di hotel?"

"Mu jangan memain Maklong Man! Nanti kalau Maklong kaya mu juga boleh tumpang sama. Ni Maklong telepon nak tanya Nasi Lemak ada lagi ka?"

"La baru saja Man dan Hakim perabih Maklong. Maklong lapar lagi ke? Makan kat hotel macamana?"

"Makan ntah apa-apa! Benghong kerah!"

"Besok Man suruh Ella masak lain."

"Tak apalah Man. Mu ada rumah tak Sabtu ni? Maklong nak jumpa sat."

"Sabtu ni pagi Man pergi lawat rumah anak yatim Maklong. Petang adalah. Kenapa Maklong?"

"Ni pasai perniagaan tani ni lah. Aku nak minta tolong mu sikit. Nantilah petang Sabtu Maklong cerita."

"Ok lah Maklong. Petang Sabtu kita jumpa. Nak Man balik Tukuro ke?"

"Tak pa, tak pa Maklong datang rumah mu. Maklong cadang nak pergi supermarket baru Econsave di Kamunting tu. Pesan orang rumah mu masak Nasi Lemak Bario tu banyak-banyak sikit. Jangan lupa Timun. Tadi Maklong makan tak puah. Pandai juga orang rumah mu masak Man ni!"

Huh! First time Maklong puji orang rumah aku seorang itu. Nasib baik dia dah lena. Kalau tak, nak juga aku sua henpon terus ke telinga dia. Tentu pakat "kembang" semua!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com






Di Sarawak terkenal dengan Beras Iban dan Beras Bario (nama asalnya Beras Adan). Beras Iban adalah padi huma. Manakala Beras Bario ditanam di antara tanah pamah dan tanah tinggi. Beras Bario ini banyak ditanam di Bario dan ba'kelalan.

Beras Bario ini seumpama Beras Wangi tapi saiznya kecil tidak panjang. Berasnya seakan Beras Pulut. Paling sesuai untuk masak Nasi Lemak, di-rekomen-kan oleh seorang Chef Muda di Miri.

Harga Beras Bario di Miri ialah RM5.00 sekilogram.

Dua minggu lepas lengguh juga bahu membimbit 20 kilo Beras Bario yang di-buah tangan-kan dari Geng Miri di samping Kueh Cincin dan Belacan Bintulu buah tangan kenalan lama asal dari Pulau Tiga, Parit yang kini menetap di Miri.

No comments: