Minum petang dalam kereta
Mungkin masih kenyang makan tengahari dalam flight dari Miri ke KLIA, aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan aku seorang itu membuat keputusan hanya untuk berenti membeli bungkus Pisang Goreng, Laksa dan Air Kelapa Pandan di Tapah berhadapan Restoran Mee Rebus Tapah.
Selepas membayar tol di Susur Keluar Tapah dan sebaik sahaja membelok ke kanan di persimpangan traffic light, kami terkejut melihat gerai-gerai favourite minum petang kami sudah tidak kelihatan, sedangkan minggu lepas ianya masih tersergam di situ di seberang jalan SK Datuk Kelana ini.
Rupa-rupanya gerai-gerai ini telah berubah tempat berhadapan rumah kedai sekitar 10 meter dari tapak lama mereka.
Bagaimanapun hanya 2 gerai sahaja yang beroperasi iaitu Pisang Goreng dan Kelapa Pandan. Tidak pasti mengapa gerai Laksa tidak kelihatan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
kedai kelapa pandan dan goreng pisang merupakan kedai favourite yang aku selalu singgah.
ReplyDeleteAnjang
ReplyDeleteGoreng pisang dia mmg sedap tapi Cekodok-nya tak sedap. Mungkin tauke dia bubuh ibu roti - rasanya dah macam Kek Pisang!
Lukmanw