4 beradik di Sungai Baru, Selinsing perlu dibantu!
Assalamualaikum wmt
Buat semua sahabat, kaum muslimin dan muslimat sekelian.
Saya terpanggil untuk mencorekkan selakar kisah sedih ini, setelah melihat derita anak-anak yang tak seperti kita semua. Dalam benak saya, rupanya sekarang ini masih ada insan yang berhadapan dengan derita kehidupan, susah yang tak dapat disangkan.....sehingga makan pakaipun tak sempurna seperti orang lain.
Anak-anak ini, si abang sulung 14 tahun (lelaki). Tidak lagi bersekolah. Hanya tolong ayah ke laut pagi petang siang malam. Si kakak 12 tahun,dialah yang menguruskan adik yang berumur 10 (lelaki) dan 7 tahun (perempuan). Mereka bersekolah di sebuah SK.
Sepanjang sebulan ini, kami yang berulang alik menjengok anak-anak ini tidak pernah lagi bersua muka dengan bapa mereka. Namun, setiap kali kami ke rumah mereka di Sungai Baru, Selinsing (selalunya petang) sepastinya mereka tidaklah makan nasi lagi. Hanya menunggu ayah pulang dari laut, masakkan atau belikan makanan pada petang atau malam nanti.
Jika hari sekolah, si kakak dan adik lelaki sahaja yang dapat makan (RMT), tetapi yang kecil (darjah 1) tidak. Apa yang jelas, bila ditanya sewaktu petang (jika kami melawat mereka)...kakak, adik makan nasi tak lagi....jawab mereka, belum....tunggu ayah balik masak petang atau malam nanti baru makan. Cuba kita bayangkan... anak kecil yang baru berusia 7 tahun, tak tau apa-apa lagi, terpaksa menanggung kelaparan, dari pagi tak makan nasi...hanya sekali sahaja makan dalam sehari ( itupun jika ayah balik atau ada di rumah, jika tidak? makan yang merapu-rapu sahajalah....itupun jika ada duit atau belas kasihan orang lain)
Sebenarnya, bila saya korek cerita mereka, ayah dan ibu mereke berpisah. Si ibu lari tinggalkan mereka 4 beradik kepada ayah. Yang kecil berusia 4 tahun sewaktu perpisahan itu. Dalam keadaan tak tau apa-apa...menangis cari emak tiap hari. Apatah lagi dalam keadaan tidak seperti orang lain...matanya juling dan cacat sedikit. Badannya sakit di bahagian kanan terutama waktu menggangkat tangan kanan...bahunya bengkak, bila disentuh dia rasa sakit.
Satu hari kami bawa adik mereka balik ke rumah. Bagi mandi dan makan tengahari. Sempatlah bertanyakan satu dua perkara kepadanya. Tentang ayah, tentang ibu, tentang kehidupannya selama ini. Katanya dia sering sakit dan pening kepala. Ini mungkin sebab tak makan dan tidak diurus dengan betul. Ayahnya pula sering kerja, tinggalkan mereka tanpa duit atau makanan (sekurang-kurangnya masaklah nasi). Nak harapkan kakak, nak masak nasi, lauk pauk pula tak ada.
Terakhir petang semalam (1/5/2010) kami ke rumah mereka, dalam keadaan kesejukkan (sebab hujan) kami lihat si adik tidur peluuuk si kakak... Gerak dia orang, tanya makan ka belum? Makan nasi lemak pagi tadi saja.... Tengah hari tak makan, petang tak makan.... Tuan/puan bayanglah anak kita kalau tak makan. Hanya makan pagi tadi saja. Kita pun tak tahan....apatah lagi mereka. Sayu kami lihat.
Jadi, jika ada belas kasihan pada insan sesama kita...nak keluarkan zakat atau sedekah..hulur- hulurkanlah kepada mereka yang memerlukan. Kami mohon sungguh-sungguh, tolonglah mereka. Saya akan uruskan mereka ke Kebajikan Masyarakat (jika dibenarkan oleh ayah mereka). Sementara nak tunggu urusan selesai mereka memerlukan bantuan. Nak harapkan ayah mereka, tak ada kesudahannya....sampai i/c abang dan kakakpun tak boleh nak uruskan. Kasihanilah mereka.
Mudah-mudahan kerja baik kita mendapat keredhaan Allah....
(Dari Ust Azahar – PK.1 Al-Hidayah)
Mohd Azahar Abu Bakar [mazahar66@yahoo.com]
nak link kan ke blog saya.. harap maklum
ReplyDelete-anak sdara ustaz azahar-
Salam
ReplyDeleteTerima kasih di atas link tersebut. Sama-sama kita membantu sekadar mampu.
Wsl
Lukman
Salam
ReplyDeleteSaya menerima beberapa email yg ingin membuat sumbangan. Sila berhubung terus dengan Ust Azahar, Penolong Kanan 1 Sek Al-Hidayah (
Mohd Azahar Abu Bakar) di email mazahar66@yahoo.com
saya juga terpanggil melihat insan ini, terkejut saya ia berlaku di kawasan perkampungan saya sendiri...insyaAllah...atas daya usaha akan saya cuba bantu...
ReplyDeleteSalam Arif UPSI
ReplyDeleteSama-sama kita membantu apa yang mampu.
Lukmanw