Sunday, May 02, 2010

Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Hari Buruh 2010


Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Hari Buruh 2010

(Berikut adalah catatan Sdr. Monier Mat Din, Setiausaha Warga Kilang dengan bahasa bersahajanya. Catatan ini dan juga catatan-catatan lain boleh dilihat dalam blognya; http://moniermatdin.blogspot.com/. Catatan aku dalam posting sebelum ini.

Sementara itu pagi tadi, aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan Guru di Selinsing. Menurut rakan ini dia amat mengenali Puan Ramziah di Sungai Baru Selinsing tersebut. Budi pekerti ibu tunggal yang kematian suaminya seorang pengajar Taafiz ini memang disenangi semua. Beliau yang berpelajaran redha dengan ketentuan ilahi menyara anak-anaknya dengan menjual kuih. Walaupun tanah di sekitar rumah yang didiaminya amat subur dengan pelbagai tanaman dan pokok buah-buahan, Puan Ramziah tidak pernah menjual hasil tanaman dan pokok buah-buahnya itu. Sebaliknya beliau akan bersedekah kepada jiran-jiran dan orang kampungnya. Ujar beliau, hanya itulah sedekahnya untuk bekalan akhirat yang mampu baginya sebagai insan yang serba kekurangan.

Sebenarnya rakan Guru aku ini ingin memaklumkan bahawa pada pagi 1 Mei 2010 semalamnya beliau dan beberapa rakan guru yang lain menziarahi sebuah keluarga yang lagi daif berhampiran rumah Puan Ramziah ini.

Keluarga 4 beradik ini berayahkan seorang nelayan yang siang-malam gigih ke laut mencari rezeki. Dua adik beradik yang belasan tahun mendapat bantuan makanan RMT. Bagaimanapun 2 orang adiknya lagi tercicir nama dalam senarai penerima bantuan RMT kerana tidak hadir ke sekolah. Ditakdirkannya sikecil yang baru menjejaki ke bangku sekolah ini turut bermasalah kesihatan.

Keempat-empat beradik ini hanya makan sekali sahaja sehari. Itupun setelah ayah mereka kembali dari laut di sebelah malam.

Keadaan rumah dan kelengkapan asas rumah serba kekurangan. Malah barangan membersihkan badan hampir tiada.

Ibu mereka? Tersayu hati apabila mendengarkan berita tergamak seorang ibu sanggup menghilangkan diri tanpa berita meninggalkan 4 orang anak yang masih kecil.

Insya-Allah, aku akan mengusahakan agar Warga Kilang dan/atau pihak-pihak tertentu lain untuk membantu setakat yang boleh. - Lukman)



Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Hari Buruh 2010

Semalam, Sabtu 1 Mei 2010, bersempena cuti Hari Buruh, dan seperti cuti hari pekerja di tahun-tahun yang lepas, bersama-sama dengan rakan-rakan dari NGO Wargakilang.com, sekali lagi kami diberi masa dan kelapangan untuk masuk ke kampong-kampong menghulurkan sumbangan.

Kali ini kami ditakdikan masuk ke kg-kg di sekitar Gunung Semanggol, Perak. Semua sekali campur dengan kwn-kwn dari kawasan kilang Kulim Hitech Kedah, kilang Bayan Lepas, Penang, dari KL dan juga sorang pensyarah ex-pekerja kilang dari UUM, Jitra; semua sekali dalam 6 buah kereta.

Di awal perjalanan, masih saya ingat sembang-sembang saya dgn kwn-kwn dalam kereta. Saya habag kat depa petikan khutbah jumaat hari sebelumnya di masjid tempat saya. Khatib tu nama dia Ust Mutalib Maarof; antara lain ustaz kata:

“Hidup kita di dunia janganlah kita nak megah sangat, janganlah nak sombong dan bangga sangat dengan harta, pangkat dan kekayaan yg kita ada. Kita ini asal keadaannya dijadikan drpd benda yg dipandang jijik dan hina (air mani), dan kemudian akan dikembalikan menjadi benda yg jijik dan hina (menjadi bangkai selepas mati)”.

Kata dia lagi:

”Kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan bertelanjang bulat, tidak ada apa yg kita bawa hatta sehelai benang sekali pun. Kemudian Tuhan anugerahkan kita pangkat, kedudukan, harta dan kekayaan; maka kenapakah kita tidak mahu menjadi manusia yg bersyukur?”.

Lalu, saya ingatkan diri sendiri dan juga kawan-kawan yg turut serta, antara lain misi jalan-jalan masuk kg kami ini selain drpd ingin membantu mereka-mereka yang memerlukan, adalah juga sebagai melahirkan kesyukuran di atas rezeki kurniaan Illahi selama ini, dan juga natijahnya adalah sebagi tazkirah kehidupan untuk kita semua.

Semua sekali, ada 8 keluarga yg kami kunjungi; namun dalam banyak-banyak keluarga itu, ada dua family yg kisahnya begitu berbekas di dada.

Yang pertama ialah keluarga Pn Ramziah di Sg Baru Selinsing. Ibu tunggal bertudung labuh ini nampak begitu tabah dan kental sekali merintis cubaan hidup – suaminya pergi mengadap illahi hampir setahun yg lalu meninggalkan beliau seorang diri membesarkan 5 org anak-anak kecilnya ini – hanya dengan bergantung hidup kepada hasil jualan kuih muih yg tak seberapa.

Waktu kami ke situ, cuma ada 4 org saja anak-anaknya bersama Pn Ramziah, yg sulung di asrama. Antara 4 itu, dua yg bongsu (pompuan 4~6 tahun) begitu petah sekali berkata-kata, dan nampak gembira sungguh dengan kedatangan kami. Tak pastilah pula sebab kami ramai datang atau pun sebab brg-brg makanan keropok dan biskut bertindan yg kwn-kwn kami pesan suruh bagi tu.

On the way back, ada sorang kawan tu habag, dia dengar anak-anak Pn Ramziah itu berbisik sesama depa, hat ni kita belum pernah makan, hat tu belum pernah makan dll. Mungkin sebab tu kot, bila Aznee (Engineer Intel) bukak Cikedis bagi kat depa, berebut-rebut budak-budak tu suap makan – mcm makan pop-corn saja.



Saya tanya Aznee, pasal apa anak lelaki Pn Ramziah hat darjah 6 tu senyap saja, pandang kami satu macam, mcm tak suka dengan kedatangan kami - tak seperti adik-adik pompuannya yg begitu riuh rendah sungguh mulut depa. Adik-adiknya itu dok pot pet pot pet dari mula sampai ke sudah, sambil dok ratah cikedis tu.

Sorang sahabat tu kata, mungkin bila dia tengok kami (lelaki) yg mai tu, terus dia teringatkan ayah dia. Mungkin dia dok salahkan Tuhan sebab pi ambik ayah dia dll.

Aznee jawab:

”Ha betoi! – aku dulu masa dok asrama, bila lepas mak aku mai melawat, bila balik asrama, terbaring atas katil, termenung sorang-sorang, aku memang marah sungguh kat Tuhan. I question myself – why me? Pasal pa org lain ada mak dan ayah mai melawat, tapi aku cuma MAK saja. Mana AYAH aku? Pasal apa Tuhan ambik ayah aku, pasal apa ayah aku? Pasal apa bukan ayah org lain dll?”

Mungkin sebab tu kot, dlm ramai-ramai yg pi dgn 6 buah kereta semalam tu, Aznee lah org yg last sekali keluar dari rumah tu, hatta masa nak bertolak pulang tu dia tak habis-habis dok ucapkan good bye kat budak-budak pompuan tu, dan dialah juga yg last sekali masuk ke dalam kereta. Saya boleh nampak air mata bergenang di kelopak mata merah Aznee.

Rupa-rupanya persinggahan kami yg seketika di rumah ini membawa satu pengertian dan nostalgia yg tersendiri dan amat abadi buat sahabat kami ini. Saya kata kat Aznee, insyaallah di lain kelapangan kita akan jenguk mai lagi.

Sehingga itu, kami doakan semoga Puan Ramziah dan anak-anaknya ini akan terus tabal dan cekal menempuh hari-hari dan ujian hidup yg mendatang.

Rumah yg kedua – yg saya rasa teringin nak saya abadikan di blog saya ini sebagai suatu catatan perjalanan peribadi – sebab dah banyak dah kg yg saya dan rakan-rakan pernah masuk, tapi belum pernah saya temui keadaan yg sebegini.

Waktu kami singgah di rumahnya ini, Encik Hamsah suami isteri tiada di rumah, mereka pulang ke kampung di awal pagi kerana urusan peribadi. Yg ada di rumahnya itu hanyalah tiga org anak-anak kecil (sekolah rendah) menunggu rumah.




Yang kesiannya, waktu kami singgah itu lebih kurang jam 11:30 pagi, tapi bila ditanya budak-budak itu masih belum makan-makan lagi. Terus kami pesan suruh bukak biskut dan makanan ringan yg kwn-kwn kami bagi tu. Pahala besarlah siapa-siapa yg kirim kat kami makanan itu bilamana dimakan oleh perut-perut yg lapar seperti budak-budak tu.


Selain drpd bekerja bendang, kami dimaklumkan En Hamzah menyara keluarganya dengan membuat tapai. Lalu, banyak mana sangatlah pendapatan En Hamzah bulan-bulan; mungkin kerana itu rumahnya memang nampak daif sungguh (seperti dlm gambar).

Ya lah, kalau dapat sehari RM10 pun, mana yg penting makanan untuk 7 org anak-anaknya atau pun nak beli batu simen nak buat rumah?

Mungkin kerana itu juga agaknya, En Hamzah suami isteri amat berkira dan begitu berjimat cermat dengan sedikit wang ringgit yang mereka mungkin ada hatta kain lampin untuk anak kecilnya selagi mana boleh dipakai, walaupun sudah nak lusuh dan hampir lunyai – maka selagi itulah akan terus diulang basuh dan diulang pakai.

Yang paling sadis sekali, lihatlah gambar yg sertakan ini, belum pernah saya tengok di mana-mana tempat di bumi Malaysia ini ada org yg basuh semula diapers ataupun yg org selalu sebut sebagai ”pem-pes” (nama umum untuk lampin pakai buang) sesudah dipakai.

Semua kwn-kwn saya yg pi tu jadi terkejut, depa dok cerita kat rumah depa, pem-pes pem-pes berbagai jenama ini, lebih pakai, gulung-gulung lipat buang lempaq masuk tong sampah. Yang ini, lepas pakai, buang semula isnya, kemudian dibasuh, dijemur dan dipakai semula. Macam ni punya dok ada, tak tau nak habaglah.

Kalaulah kita semua ini, tak kira apa parti dan apa jua latar perjuangan selalu dok sibuk dengan kisah bisness dan projek juta-juta million dan laksa, hari ini mailah kita sama-sama muhasabah diri masing-masing: di kala kita dok kalut dan gelut dengan kisah projek jutaan laksa ini, masih ada rakyat marhain di bawah sana yg nak makan hari-hari pun masih berkira, yg susu anak ada tak ada pun masih belum tentu, dan yg masih dok pakai pem-pes recycle & diulang basuh ini pun masih ada!!

Malulah kita semua!

Siapa yg dok amik tau pasal rakyat-rakyat marhain kat bawah ini? Tak payahlah nak salahkan kerajaan atau pembangkang. Kita yg hidup senang dlm dunia kita masing-masing ini mailah kita sama-sama pikul tanggungjawab tu. Ada masa jomlah masuk ke kg-kg buat kerja amal tolong saudara saudara kita yg memerlukan ini. Tak ada apa yg ruginya kalau kita buat kerja-kerja amal ini.

After all, seperti pesan Ustaz Mutalib Maarof dalam khutbah jumaat itu tadi, hidup kita ini tidak ada apa, semua harta benda dan kekayaan yg kita ada ini hanyalah ujian dan sebagai cubaan belaka. Semuanya tidak akan tinggal kekal, lambat atau pun cepat, pasti akhirnya kita semua akan mengadap yg Esa jua.

Mailah kita sama-sama kutip pahala di dunia ini sementara ada.

Sekian. Moga sedikit tazkirah ringkas ini ada manafaatnya buat kita semua.

moniermatdin@yahoo.com
2 Mei 2010
http://www.moniermatdin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment