Mengapa EIS bukan EIA? Teluskan projek Kereta Kabel Bukit Larut
Aku membantah bukan kerana aku seorang pejuang alam sekitar. Aku membantah bukan kerana bermotifkan politik. Jauh sekali aku membantah kerana syarikat Taiping Cable Car yang dapat projek tersebut dan bukannya syarikat aku (ada syarikatkah aku?).
Awal tahun 2009 semasa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam negeri, Nga Kor Ming, telah memaklumkan projek RM 60 juta itu juga mendapat sokongan daripada Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan Jabatan Alam Sekitar negeri.
Ingatkan bila bertukar kerajaan, cadangan projek ini akan lenyap sahaja. Rupanya tidak. Pedulikan siapa yang memerintah, projek perlu diteruskan.
Zambry kata (semalam) semua kerja pembinaan akan dilakukan menggunakan helikopter bagi memastikan fauna dan flora di bukit itu kekal secara semulajadi
Nga juga berkata (Jan 2009), semua kerja pembinaan akan dilakukan menggunakan helikopter bagi memastikan fauna dan flora di bukit itu kekal secara semulajadi.
Sebenarnya skrip ayat-ayat cinta yang sama sebijik bunyinya ini telah disediakan dan dimaniskan oleh pemaju! Tidak kira siapa yang memerintah, belatuk tetap mematuk dengan bunyi yang sama.
Persoalannya mengapa hanya laporan Kenyataan Kesan Alam Sekitar (EIS) disediakan (seperti didakwa oleh Zambry)? Mengapa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak diperlukan bagi projek ini?
Laporan EIS dan EIA ini begitu jauh bezanya ibarat langit dan bumi EIS hanya memuatkan kata-kata manis pemaju tetapi laporan EIA diwajipkan memuatkan pandangan semua pihak berkaitan termasuklah pakar persekitaran, OSH, kajibumi dan sebagainya termasuklah penduduk sekitar.
Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam penyediaan laporan EIA ini, pembangunan yang berkaitan dengan alam sekitar memerlukan laporan EIA. Walaupun kadang-kala laporan EIA ini hanyalah “penyedap hati” yang boleh diketepikan dengan tangan-tangan ajaib yang lebih berkuasa, sekurang-kurangnya masyarakat luar mengetahui apakah impak yang akan terjadi jika pembangunan diteruskan juga.
Buatlah apa yang kau inginkan sang pemerintah! Kami sebagai rakyat marhaen, laporan EIA itu sajalah yang menunjukkan ketelusan mu. Sama ada untuk mu mematuhi atau mempedulikan laporan EIA, itu adalah integriti mu.
Pedulikan fauna dan flora. Pedulikan rhinoceros hornbill, beruk besar, rama-rama, kumbang, monyet dan Pope’s Pit Viper.
Itukan kemajuan namanya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Bukit Larut.
Tidak kira siapa yang memerintah, belatuk tetap mematuk dengan bunyi yang sama.<--Aku suka dengan ayat ni, bg. lukhman.
ReplyDeleteCikgooden
ReplyDeleteHang tau tak bukit belah Anak Kurau tu boleh panjat turun kut belah Bukit Jana. Sebab itulah Adun Anak Kurau tu berkongsi dgn Adun Kamunting.
Dulu ada cadangan nak tarah bukit tu supaya jadi jalan short ke Anak Kurau dari Taiping.
Lukman
bg Lukhman>..bukit tu..budak2 smk jelai pernah cross dah....naik dari anak kurau..bermalam diatas..turun di bukit larut....
ReplyDeletetapi aku tak smpat join...kawan aku pernah buat ngan budak2..
x suka betul la ..tepen ni dah jadi cacamarba dah!! semua bukit depa nak tarah..sedihhh
ReplyDelete