Monday, August 02, 2010

Anak siapa dia ni? Pramugari MAS yang penuh sopan-santun


Anak siapa dia ni? Pramugari MAS yang penuh sopan-santun

Akhirnya kapalterbang MAS MH 2637 yang mulanya dijadualkan berlepas 6.05 am dari KKIA berjaya diterbangkan ke KLIA pada jam 5.45 pm!

Inilah kali pertama aku terkandas di airport dengan tempoh paling lama dan diberi dua kali kupon makan!

Kupon makan petang bernilai RM 15.00 itu aku tukarkan dengan BigMac. Mulanya aku hendak burger sahaja tetapi gadis di kaunter mengesyorkan ambil pakej.

Aku berkongsi kentang goreng dengan Pak Aziz manakala BigMac aku tapau saja dan minuman berkarbonat itu aku bawa masuk kapalterbang, itupun akhirnya dibuang sahaja.

Ketika berkongsi kentang goreng dengan Pak Aziz ini, kami didatangi seorang pramugari MAS yang meminta izin (dari Pak Aziz dan juga aku sendiri) untuk mencelah perbualan kami. Kemudiannya dengan penuh sopan-santun dia menjemput Pak Aziz agar masuk paling akhir ke dalam kapalterbang.

Aku mengagak pramugari ini akan menempatkan Pak Aziz di tempat duduk business class. Menurut Pak Aziz sendiri, ke mana sahaja beliau pergi terutama di restoran dan kedai makan, pasti ada sahaja yang tolong membayarnya.

Melihat keperibadian Pak Aziz sendiri yang mudah mesra dengan sesiapa pun yang menegur dan ingin bergambar dengannya, tidak hairanlah ramai yang menghargainya sebagai lagenda dalam filem Melayu ini.

Di samping itu, sopan-santun pramugari yang menjemput Pak Aziz itu sendiri amat membanggakan saya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Sampai di KLIA jam 8.30 pm dan berjaya keluar dari aiport jam 9.00 pm. Akibat kelewatan ini aku membayar RM 103.00 untuk parking kereta (bemula dari petang Jumaat) dan kemudiannya memandu berseorangan dan selamat tiba di rumah di Kamunting jam 1.15 am.

1 comment:

  1. Jangan sopan santun dengan public figure saja sudahlah yerk.

    Sampai harini saya heran, kenapa barang2 yang dijual dalam airport mahal2.

    ReplyDelete