Sunday, August 01, 2010

Tersadai di KKIA dengan Pak Aziz Sattar



Tersadai di KKIA dengan Pak Aziz Sattar

Sekarang jam 3.45pm, aku tersadai di Kota Kinabalu International Airport. Kapalterbang MAS yag dijadualkan menerbangkan aku pagi tadi sudah beberapa kali bertangguh. Kapal terbang telah kelihatan tapi di dalam hangar dengan tidak pasti apa masalahnya. Biarlah diselesaikan kesemua permasalahannya sebelum menerbangkan aku balik ke Semenanjung dengan selamatnya.

Pagi tadi di hotel aku bersarapan dengan Dr. Sivamurugan Pandian, pengulas politik dari USM dan juga Datuk Dr Aziz Sattar. Kebetulan Dr Siva mengenali aku, sempat jugalah dia berkongsi sedikit perkembangan politik semasa. Manakala Pak Aziz dengan beberapa rakannya hanya aku melihatnya dari jauh.

Tanpa disangka di KKIA, Pak Aziz duduk bersebelahan aku. Tersadailah kami berdua dengan kadang-kadang perbualan kami tertangguh akibat ada yang mengambil kesempatan menegur dan bergambar dengan Pak Aziz termasuk pramugari-pramugari yang tersadai dari pagi lagi.

Pak Aziz juga menunjukkan draf buku karyanya mengenai allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bakal diterbitkan sebelum hujung tahun. Di samping itu banyak juga kenangan manis bersama allahyarham yang diceritakan Pak Aziz kepada aku..

Melalui ruangan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 75 kepada Pak Aziz yang jatuh 8 Ogos ini. Semoga dipelihara Alllah kesihatannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blgspot.com

Antara menu sarapan tadi:-






4 comments:

  1. lain kali kalau jumpa lagi, tolong kirim salam ya...

    ReplyDelete
  2. wah , dapat jugak ko bergambar dengan seorang lagenda

    ReplyDelete
  3. Mus & Xplorer

    Lagenda yang mudah mesra dgn sesiapapun. Tak seperti sesetengah artis itu. Baru setahun jagung tapi lagak macam superstar!

    ReplyDelete
  4. Pak Aziz kelihatan memang mesra..

    ReplyDelete