Saturday, December 18, 2010

Keledek Bakar Beijing




Keledek Bakar Beijing

Saleng Maklong Huduh.

Man 3 beranak baru balik dari Beijing. Matahari tengah hari rembang panah menyala tapi kami pakai baju 3, 4 lapis berbalut maneka macem di kepala, tengkok, kaki dan tangan. Cahaya matahari panah lit-lit tapi air tasek beku! Air keluar dari paip pecahpun beku.

Apapun Man teringat Maklong sebab jumpa Ubi Keledek Bakar! Mula-mula semasa singgah Kilang Jade dalam perjalanan nak pergi Tembok Besar China. Lepah tu merata tempat ada orang Cina jual Keledek Bakar ni.

Harga seketul? Mula-mula kami sampai harganya 5 Yuan (RM 2.50) seketul sebesar penumbuk. Bila keluar kilang harga dah naik jadi 10 Yuan. Bila ramai orang naik pula 15 Yuan.

Banyak tak Ubi Keledek ni di Tukuro Maklong?

Kalau banyak Mak cadang nak jual depan Taiping Sentral. Man nak cuba jual seketul RM 1.00. Kalau ramai orang Man jual RM 2.00 seketul!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment