Thursday, December 09, 2010

Bubur Nasi @ Porridge








Bubur Nasi @ Porridge

Pagi tadi dalam hujan lebat aku ke Pusat Servis Perodua Kamunting. Dua-dua belah lampu belakang MyVi aku tak menyala.

Hampir satu jam juga dibelek oleh mekanik di sana. Rupanya hanya soket longgar. Selepas bersarapan ala-kadar (ala carte?) yang disediakan di pusat servis ini, aku ke klinik dengan anak jantan seorang aku itu.

Kami dua-dua orang batuk dan selsema semenjak semalam. Risau juga sebab esok "nak jalan jauh"! Macam biasa bila jumpa doktor, doktor akan kata - musim! Rasanya pergi le bila saja berjumpa doktor mesti doktor akan kata - musim! Agaknya tiap-tiap hari adalah "musim berpenyakit" untuk para doktor ini.

Bila balik rumah atas meja makan sudah terhidang satu periuk besar dan dikelilingi dengan bekas-bekas tupperware (memang brand tupperware pun!). Ini sudah tentu periuk berisi Bubur Nasi campur Daging dan Udang. Manakala dalam bekas ialah Ikan Bilis Goreng, Lobak Masin (manis) Goreng, Bawang Goreng dan Daun Sup. Cuma tiada dalam menu ialah Telur Masin.

Cuci calat kami tiga beranak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

4 comments:

  1. salam tuan,

    memang bubur nasi kalau kena dengan lauk pauk dia memang sodap ..kat kampung baru memang femes ni dengan gerai jual bubur nasi berlauk ..tapi harga dia leh tahan la ...

    ReplyDelete
  2. sedapnyer bubur nasi..kalau banyak lauk memang sedap lah...huhu..salam tn blog..

    ReplyDelete
  3. Hrrr..

    Kiz suke sangat makan bubur lagi-lagi tym demam.amek kicap cket bubuh dalam bubur tuh.HMM!!!!MANTOP!!

    www.kizgarden.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam Jln Rebung

    Sdh lama tak perkena Bubur Kpg Baru ni. Study mcmana skrg?

    Salam TehC

    Byk bubur yg berlauk tapi say masih dgn lauk standard iaitu ikan bilis goreng, telur masin dan lobak masin.

    Salam KizZ

    Memang sedap betul kalau makan bubur waktu demam. Makan dgn kicap pun sedap :-)

    ReplyDelete