Rojak Buah Lorong Chow Kit
Aku mula mengenali Apek Rojak Buah di Lorong Chow Kit belakang Kedai Photostat Bormas Stesen Monorail Chow Kit semenjak pertengahan 80an semasa aku bergeladangan di KL. Walaupun kini rambutnya mula memuteh, Apek ini masih tidak berubah dari segi ketrampilannya! Segak berkemeja! Begitu juga Rojak Buahnya yang masih sesedap dulu. Malah Apek ini bukan sahaja menjaga ketrampilan pakaiannya, barangan dan perkakas membuat rojak juga tersusun kemas dan bersih! Cuma lecehnya Apek ini masih lagi dengan stail lamanya membuat rojak buah per order satu demi satu! Dia tak reti nak buat banyak-banyak sekali gus.
Kata orang rumah seorang aku itu - apek ini lagi "smart" dari aku!
Aku mengiyakan saja sambil tersenyum. Tapi aku tak dapat bayangkan jika aku pula "memuji" perempuan lain sambil membuat perbandingan dengan orang rumah seorang aku itu! Mau perang besar!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
hehhehe, kalau buat banyak2, lari rasanya nanti bang.
ReplyDeleteMus
ReplyDeleteHang pernah makan Rojak Buah Chai Leng Park tak? Dulu sedap masa bapak dia buat. Aku mula beli semasa aku di USM 1995.
Bila bapak mati (rasanya awal 2000an), anak take-over dah kurang sedap rasanya.
Lukman
Aha!
ReplyDeleteApek Buah ini shj ada pada mid 80s dulu. Stesen Monorail dan Kedai Photostat Bormas masa tu belum ada!
Kat Chai Leng Park tak pernah makan. Tapi kalau apek kat area Port Swttenham ngan lain2 tu selalu gak la.
ReplyDelete