Thursday, December 09, 2010

Syabas Perodua Kamunting!















Syabas Perodua Kamunting!

Syabas Pusat Servis Perodua Kamunting dan harap-harap semua Pusat Servis Perodua yang lain mempunyai standard perkhidmatan sebegini.

Sememangnya sudah beberapa kali saya menulis tentang Pusat Servis Perodua Kamunting yang perkhidmatannya begitu cemerlang untuk kepuasan pelanggan. Tidak keterlaluan jika saya katakan standard perkhidmatannya melebihi standard perkhidmatan Pusat Servis Proton Edar di Juru.

Perkhidmatan di Pusat Servis Perodua Kamunting ini pula sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kunjungan saya pada pagi tadi kerana MyVi saya bermasalah dengan sistem pendawaian elektrik. Berikut adalah beberapa peningkatan perkhidmatan mereka (yang sudah lama dan yang baru):

1. Kesediaan menerima pelanggan. Kedudukan meja Service Advisor yang menghadap pintu masuk utama pelanggan dan mereka terus menyapa pelanggan yang melangkah masuk adalah satu ciri kepuasan pelanggan dan pelanggan sentiasa merasai diutamakan. Malah di Kamunting ini, kedudukan meja ini mengadap matahari naik serta aliran air mengalir turun (dari bukit) adalah kedudukan Feng Sui yang digemari oleh kaum Cina. Begitu juga kalau merujuk beberapa kitab tradisional Melayu.

2. Ruang pelanggan berdindingkan cermin pandang telus ke arah kawasan kenderaan diservis atau dibaiki.

3. Menu makanan dipelbagaikan tersedia untuk pelanggan sementara menunggu kenderaan siap diservis atau dibaiki. Menariknya kini menu makanan utama (bersilih ganti antara Nasi Lemak, Nasi Tomato, Mee, Beehon dan Ketiaw) terdapat juga side menu seperti Cucur Udang (hari ini). Tersedia juga kudapan ringan seperti biskut dan kacang-kacang serta gula-gula.

4. Bahan bacaan. Tersedia beberapa naskah akhbar harian. Koleksi bacaan berupa majalah untuk pelbagai umur dan minat seperti majalah automobil, majalah keluarga/wanita dan sebagainya.

5. Kemudahan Wi Fi percuma.

6. Ruang bermain untuk kanak-kanak.

7. Peralatan/permainan minda seperti Catur, Congkak, Sodoku dan sebagainya.

8. Akhir sekali, perkhidmatan mesra dan berinformasi oleh Service Advisor walaupun usia yang masih muda dan dari kaum perempuan.

Syabas Pusat Servis Perodua Kamunting.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blosgpot.com

*Cuma Peti Ais Krim itu masih kosong :-)

No comments:

Post a Comment