Pasar Minggu Changkat Jering Taiping
Sudah lama aku tak berkunjung ke Pasar Minggu Changkat Jering Taiping ini. Ianya menjadi nolstagia kepada ramai orang. Emak aku sendiri semasa remajanya sanggup menyimpan sedikit wang dari upah menanam padi sebagai tambang bas dari Batu Kurau untuk ke pasar ini yang jauhnya hampir 50 km. Manakala aruah datuk aku dulu pula sanggup berbasikal dari Batu Kurau untuk ke Air Kuning berjumpa rakannya seorang Guru Silat di sana dan selepas itu pasti mengujungi pasar ini sebelum mengayuh semula basikalnya pulang ke Batu Kurau pada hari yang sama.
Kunjungan aku pada minggu lepas menyaksikan tidak banyak perubahan besar di sini.
Di belakang pasar lama ini sudah terdiri beberapa bangunan kedai dan juga bersebelahannya terdapat sebuah bazaar yang masih lenggang.
Pasar ini masih bermasalah dengan kemudahan tempat letak kereta. Persatuan penjaja di sini sepatutnya mencontohi bagaimana Persatuan Penjaja Uptown di Seksyen 24 Shah Alam. Di Uptown ini persatuannya mempunyai pasukan sendiri mengawal tempat tempat letak kereta dan juga lalulintas. Menariknya penghujung tidak dikenakan bayaran untuk meletak kereta.
Di Pasar Minggu Changkat Jering ini, kebanyakan penjajanya masih orang yang sama seperti 20 tahun dahulu ataupun kini diambil-aleh oleh anak atau saudara mereka jika penjaja asal telah meninggal dunia.
Di sekitar pasar ini juga terdapat tambahan penjaja-penjaja yang turut menjual beberapa barangan.
Ramai penghujung luar termasuk pengguna lebuhraya yang sanggup keluar susur keluar Changkat Jering ini untuk menghujungi pasar ini.
Kunjungan aku juga mendapati harga makanannya tidak semurah dahulu.
Pasar ini mula beroperasi seawal tengahari hari sabtu hingga ke malam dan berakhir tengahari ahad.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Di pasar ini aku terserempak seorang OKU berkerusi roda yang menjual pelbagai jenis stoking dengan harga RM 3.00 untuk 5 pasang. Kegigihannya berdikari amat aku sanjung.
Usaha Saudara menonjolkan pelbagai aktiviti sekitar Taiping dan Taiping sendiri amat dihargai...Saya tinggal di luar negara tetapi Changkat Jering, kampung halaman kami, sentiasa dirindui..terubat rindu bila dapat baca posting mengenai Taiping dan sekitarnya. Teruskan usaha murni saudara.
ReplyDeleteSaif
Pasar nie dari pagi sampai ptg ke?
DeleteAs salam
ReplyDeleteChkt Jering di mana? Luar negara di mana? Belajar atau bekerja?
Saudara,
ReplyDeleteSaya sebenarnya orang Melaka tetapi isteri saya org Batu 8 Changkat Jering ( Kg Chgt Ning ). Saya sudah lama menganggap Taiping sbg kampung halaman saya, damai sungguh di Taiping.
Saya kini berkerja di New York, USA. Hidup merantau sudah hampir 12 tahun di negeri org, dan hasilnya saya amat menghargai Taiping.
Mungkin kita tak sempat bersama di Kolej 5 UM, saya masuk tahun pertama pd 1987, jadi freshie di Kolej 5.
Salam
Saif
As salam
ReplyDeleteHa, ha - ASASI SAINS! Kenangan lama tu walaupun "grad" terlebih awal. Nampaknya sdr katam posting-posting lama saya.
Salam
ReplyDeleteAdalah baca sikit-sikit tu, mana yang sempat..
Teringat cendol ansari ni...mana nak cari di NY ni ?
Saif
salam....
ReplyDeletesaya pon org cht jering gak....bt8 jln trong...cht ning tu depan kg sy lah tu...kaw permainan...kwn2 pon ramai kat sana...tiap2 bulan balik kg mesti x miss ke pasar malam tu...rindu sgt ngan murtabak midin, pecal, ikan masin( sepat, belanak)....belacan mmg best...sy kenal sorg brader yg jual tu...sy kl nk beli mintak dgn dia belacan yg sedap sekali...
joe
best
ReplyDeleteSaya kini di UK. Rindu dgn pasar mlm cht jering especially ikan masin n pekasam..
ReplyDeletePling suka dtg sini,, klau blik kmpong wife,, kwan2 akn kirim ikan perkasam... .Suasana kmpong.. Time musim durian. Lgi la best. Sula g batu kurau durian mlmbk.. .
ReplyDelete