Rela jaga Pokok Getah
Ini sebenarnya bukan perkara baru. Semasa aku terlibat dalam melatih pemandu-pemandu Jabatan Kesihatan Malaysia mengendalikan Land Rover mereka di Hutan Belum pada awal 2000, aku terserempak timbunan guni getah skrap di tepi satu laluan menuju ke Air Ganda.
Kami memberhentikan kenderaan 4x4 masing-masing dan seorang rakan melawak dengan kata-kata; seguni getap skrap ini berharga hampir RM 200.00 (ketika itu), kalau angkut 10 guni sudah dapat RM 2,000.00!
Bila kami bergerak menghampiri timbunan guni-guni yang berjumlah tidak kurang dari 50 guni ini, tiba-tiba muncul dari celah-celah pokok beberapa orang yang memegang senapang patah.
Rupa-rupanya Orang Asli di Air Ganda ini mengupah Orang Melayu yang memiliki senjata api (Rela?) menjaga Pokok Getah dan Guni Skrap mereka.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
salam saudara blogger,
ReplyDeleteboleh sy tahu di mana sumber berita gmbr rela jaga pokok getah tu? tq atas kerjasama..
Maaf - saya pun sudah terlupa dari akhbar mana. Biasanya saya nyatakan sumber tapi keratan akhbar itu saya tidak nyatakan pula
ReplyDelete