Penjual Tiket Loteri
Gadis Nyonya Penjual Tiket Loteri
Seingat-ingat aku Gadis Nyonya Penjual Tiket Loteri ini sudah mula berniaga di tepi Bangunan The Store (dulunya Carton Supermarket) seawal 80an. Tidak disangka-sangka pula pada tahun 2004 aku meminta bantuannya untuk mengesan rakan-rakan Catherine @ Yow Ah Choy. Kebetulan pada tahun 40an dahulu, Gadis Nyonya ini tinggal berjiran dengan Catherine di Pokok Assam, Taiping.
Pagi tadi semasa bersarapan Bubur Gandum dan Teh Halia di Hawker Center (bawah Bangunan Larut Matang) bersetentangan dengan meja kayu Gadis Nyonya Penjual Tiket Loteri ini, aku terkenangkan Catherine. Ada juga hasrat hendak menyapa Gadis Nyonya ini, dia pula begitu sibuk dengan ramai pelanggan yang hendak mencuba nasib di Tahun Baru ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Salam bang..klo tak silap saya nyonya tu kat depan supermarket Taiping..supermarket Cartoon(dah jadi kedai kain kot skrang ni) berdepan dgn Taiping Jaya tu..heee..maaf klo salah
ReplyDeleteDeadwish
ReplyDeleteTerima kasih di atas pembetulan fakta. Byk sgt yg sdh ditutup.
Nyonya ini, Chan Siew Yok di depan Sypermarket Taiping.
Salam Deadwish
ReplyDeleteSHO Taiping? Kilang mana tu? Kenapa stop bloging.