Thursday, February 10, 2011

Pulut Kuning Gulai Ayam Kampung Ason





Pulut Kuning Gulai Ayam Kampung Ason

Dua hari aku tak makan nasi! Pada masa yang benda lain pun tak lalu ku jamah. Aku hanya cicah suku keping roti Gardenia dalam Teh O. Sebelah malamnya pula aku hirup habis segelas besar Halia dengan Madu untuk membolehkan aku tidur.

Tiba-tiba aku demam! Mungkin baru terasa bahana berulang-alik Taiping ke Sintok dan Taiping ke Bangi. Bukan berulang-alik dan bermalam tapi berulang-alik harian! Ini sudah macam pemandu bas ekspress! Ubat doktor sudah ambil. Makan ubat sudah segengam tapi masih demam!

Hari ini seawal pagi aku sudah dalam perjalanan dari Taiping ke Sintok. Perancangan awal sebelum subuh sudah nak bergerak tapi anak jantan seorang aku itu pula demam. Selepas menghantarnya ke rumah mertua baru aku bertolak.

Perut pula tidak terasa langsung kosong! Cuma bibir kering terasa hendak cicip Nescafe O. Aku singgah di Pekan Changlung perkena Nescafe O. Entah mengapa Nescafe O yang diorder terasa kelat semacam. Hanya setengah cawan aku cicip.

Sibuk di pejabat sampai lupa makan tengahari. Sampai lupa library tutup pukul 4.30 pm! Alamak kena dendalah lagi. Nak renew on-line pun dah overdue!

Pukul 5.00 pm aku bertolak keluar UUM. Teringat di Ason ada sebuah gerai menjual Pulut Kuning. Aku belum pernah singgah di sini tapi kerap melihat barisan lori dan kenderaan lain berhenti.

Aku singgah di gerai kecil ini. Kalau dari Changlung sebelum Sungai Ason selepas satu simpang tiga. Kalau dari Jitra selepas Flyover Dewan Wawasan tapi kena langkah divider sebab gerai ini seberang sana.

Pulut Kuning OK! Cuma tak ada Ayam Goreng. Nasib baik Gulai Ayam ada pilihan sama ada Ayam Kampung atau Ayam Daging. OK juga Gulai Ayam Kampung dia.

Tengok menu ada Pulut, Nyiur dan Ikan Masin tapi bertampal dengan masking tape.

“Tak berapa boleh jalan!”, jawab peniaganya yang rasa-rasanya baru berniaga bulan Oktober 2010 lalu.

‘Kenapa tak ada Ayam Goreng, bang?”, Tanya aku.

“Memang ramai yang tanya. Mungkin bulan depan abang buat Ayam Kampung Goreng!”

“Abang buat Ayam Kampung Goreng – mesti saya singgah lagi!”

Baru terasa selera nak makan ………………

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com




No comments:

Post a Comment