Ubi Kukus di Restoran Asam Pedas Seksyen 8, Bangi
Tadi seawal 4.30 am aku sudah keluar rumah. Jam 5.30 am singgah di R&R Tapah. Perut terasa sedikit lapar sementelah semalam hanya menjamah beberapa suap nasi makan tengahari dan malamnya pula sekadar sekeping roti gardenia melapik perut.
Aku cuba menelan Pau Kaya yang dibeli tetapi tekak tak mengizinkan. Selepas subuh aku bertolak. Sampai di Bangi sekitar jam 7.45 am. Tiba-tiba teringat syor seorang rakan supaya mencuba Ubi Kukus di Restoran Asam Pedas, Seksyen 8, Bangi.
Restoran Asam Pedas ini bersetentangan dengan Komplek PKNS Bangi. Khabarnya menjadi tumpuan untuk bersarapan terutama kakitangan kerajaan di Putrajaya.
Sarapannya menakjubkan! Ada pelbagai menu menarik!.
Dari Ubi Kukus, Lempeng Kelapa, Lempeng Pisang, Roti Jala, Roti Canai, Nasi Lemak, Pulut Ikan Masin, Nasi Dagang, Soto, Mee Rebus serta pelbagai kuih Melayu.
Aku mengambil seketul Ubi Kukus dan sesudu Kelapa Parut. Nampaknya tiada Gula Merah. Aku acukan dengan beberapa hirisan Sambal Tumis Sotong sebab tak kelihatan Sambal Tumis Ikan Bilis.
Walaupun baru diambil dari mesin kukus, ketulan ubi ini tidak begitu panas dan tidak begitu empuk. Mungkin juga tekak aku masih demam dan belum pulih untuk menaksirkan “nikmat duniawi” ini. Ubi seketul itupun masih berbaki tidak dapat dihabiskan.
Insya-Allah minggu depan aku cuba lagi ataupun dengan menu lain pula. Mungkin seperti disyor rakan supaya perkena Roti Canai dengan Kuah Asam Pedas! Tak pasti pula aku sebab aku tak berapa berahikan Asam Pedas seperti orang rumah seorang aku itu.
Petang ini (malam ini?) entah di mana pula destinasi aku! Mungkin di Ipoh ataupun sudah kembali di Kamunting.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
memang sedap makan kat restoran asam pedas bangi tu.....terutama sarapan dan makan tengaharinya.paling istimewa patin tempoyak....aduhhhh....memang bestttt
ReplyDeleteSah confirm kalau ada patin tempoyak mesti saya bawa org rmh seorg saya minggu depan. Tapi nanti dia confuse lak nak makan asam pedas ke atau patin tempoyak
ReplyDeletememang sedap .....memang klass..!
ReplyDeletelebih lebih lagi asam pedasnya.Rasanya lebih kurang ngn asam pedas setiawangsa.yang tension nye hari sabtu dan ahad ramai sgt org sarapan.tak dapat tempat duduk
Salam Anon
ReplyDeleteKunjungan saya pada pagi sabtu hari itu hampir tiada tempat duduk kosong walaupun restoran ini terdiri dari 2 buah kedai.
Penghujung pula sanggup berdiri menunggu di luar kedai