Tuesday, May 10, 2011

Flight ke Langkawi




Flight ke Langkawi

Sudah tiga tahun bekerja di Kedah (Sintok) tidak pernah sekalipun aku menaiki kapalterbang kalau ada urusan (mengajar, kursus atau mesyuarat) di Kuala Lumpur. Aku lebih rela memandu walaupun bermula seawal pagi. Sehingga pejabat pentadbiran musykil; adakah aku takut menaiki kapalterbang. Lainlah kalau mengajar di Miri dan Kota Kinabalu yang tiada pilihan, malah di Johor Baru pun aku lebih selesa memandu.

Berbeza dalam 2 minggu ini, sudah 3 kali aku berulang-alik dari Penang ke Langkawi dengan Penerbangan Murah Firefly. Murahlah tidak murah sangat tetapi kalau dibandingkan dengan berperjalanan dengan kereta dari Taiping ke Langkawi (Jeti Kuala Perlis), menggunakan flight ini lagi berbaloi.

Tambang flight pergi RM 38.00. Tambang balik RM 28.00. Tambahan cukai approx. RM 50.00, Parking kereta (24 jam) RM 20.00. Jambatan RM 7.00.

Manakala feri RM 18.00. Pergi balik RM 36.00. Parking kereta walaupun RM 15.00 sehari akan dikira 2 hari kalau melepasi jam 12 tengah malam!

Mungkin berbaloi dari segi masa. Flight hanya 20 minit dari Penang. Secawan ais Guava pun tak sempat hadam. Feri paling cepat 45 minit. Cuma perlu ada di lapangan terbang seawal sejam.

Di Langkawi, aku ditugaskan mengajar Pegawai Penjara (dari seluruh Malaysia) di Akademik Koreksional Malaysia yang bersebelahan Jeti Kuah. Asalnya ialah Hotel The Gates yang diambil-aleh oleh Jabatan Penjara Malaysia sebagai pusat latihan mereka.

Kebetulan ada seorang rakan yang sekampung dengan aku di sini (dari Tukuro). Mungkin bukan rezeki untuk bertemu. Kunjungan pertama beliau ada mesyuarat di Penjara Taiping. Kunjungan kedua pula dia kembali ke Tukuro (sabtu lepas) kerana ibunya meninggal dunia dan kunjungan kali ketiga, beliau berkursus di tempat lain.

Apa pun takziah kepada Azhari atau di Tukuro dikenali sebaga Jaha atas kematian ibunya pada Hari Ibu Sabtu lepas.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment