Mee Udang Ceduk Original Sungai Dua
Kebelakangan ini bila disebut Mee Udang Sungai Dua, ramai yang merujuk kepada Mee Udang Pak Ngah bersetentangan Stesen Minyak Esso di Sungai Dua itu. Ataupun terkini boleh menjamu selera di Tesco Extra (Makro) Seberang Prai. Tidak pasti pula sama ada cawangan di Bertam Perdana masih beroperasi atau tidak kerana kunjungan dua, tiga kali kebelakangan ini asyik tutup sahaja.
Antara ingat lupa semasa awal 90an dahulu aku selalu diundang menjamu selera Mee Udang Ceduk di Permatang Pasir. Lokasinya betul-betul di tepi sungai yang ketika itu masih belum ada highway PLUS. Katanya di sinilah Mee Udang Sungai Dua yang original.
Hinggalah dua bulan lepas, seorang rakan dari Perkeso KL belanja makan Mee Udang di sini.
Semalam aku dan orang rumah seorang aku itu revisit semula Warung Mee Udang ini.
Semasa awal 90an dahulunya, Mee nya berharga Cuma RM 2.00 manakala Udang ketika itu sekitar RM 3.00 – RM 4.00 sahaja 100 gram. Kini Mee dan Udangnya berharga sekali ganda!
Walaupun begitu tidak dapat dinafikan kualitinya masih terasa sama seperti awal 90an dahulu!
Kami mencuba menu tambahan iaitu Nasi Goreng. Malangnya seperti kata orang rumah seorang aku itu, Nasi Gorengnya disediakan ala-Nasi Goreng Bodoh hanya terasa kicap. Mujur Udang Gorengnya sahaja menaikkan selera!
Orang dah pesan, kalau tempat itu terkenal dengan Mee Udang, orderlah Mee Udang! Kenapa nak order Nasi Goreng Udang pula!
Sate OK! Air Kelapa berharga RM 4.00 sebiji. Ada buah potong dan kuah rojak kicapnya enak sekali!
Jaraknya 2.8 km dari susur keluar / persimpangan lebuh raya Sungai Dua.
Sedikit comment penambahbaikan – service nya terlalu slow walaupun ramai pekerja!
Selamat menjamu selera!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
*Di warung ini tersedia kemudahan Bilik Solat
dtg mencarik mee udang.. =)
ReplyDeletethanx 4 sharing..