Sunday, June 19, 2011

Kudapan dari Warung Seksyen 7, BB Bangi



Kudapan dari Warung Seksyen 7, BB Bangi

Kadang-kadang aku, orang rumah seorang dan anak jantan seorang aku itu akan membeli makanan terutama kudapan dan membawanya sebagai bekal untuk dimakan di dalam perjalanan di highway ataupun semasa berhenti di mana-mana R&R/laybay.

Semalam kami beli kudapan gorengan seperti Pisang. Ubi, Keropok Lekor, Tempe Goreng dan Bubur Lambuk serta Air Kelapa Muda (kami bawa bekas sendiri!) di gerai tepi jalan di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi sebagai bekal untuk dimakan semasa perjalanan pulang ke Taiping. (Seksyen 7 BB Bangi ini memang terkenal sebagai Syurga Makanan!)

Gerai Kelate ini juga turut menjual pebagai Bubur dan Kuih Manis lain seperti Bubur Nasi (berlauk), Bubur Jagung, Lompat Tikam dan pelbagai lagi.

Kebelakangan ini ramai "anak muda Kelate" yang mengusahakan perniagaan sebegini di sekitar Lembah Kelang.

Enak sekali Tempe Goreng ini. Kalau di Chow Kit bersebelahan Gerai Sup ada gerai yang menjual Tauhu Goreng di samping Tempe Goreng. Rasanya penjual ini orang Indonesia.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment