Saturday, December 31, 2011

Menu wajib rumah kenduri – air mineral

Menu wajib rumah kenduri – air mineral

Hari ini ada 2 jemputan kenduri. Esok juga ada tetapi di Kedah esok adalah hari kerja, kenalah balik kerja! Dari awal Disember hinggalah hari ini rasanya lebih dari 10 buah majlis kenduri yang telah dihadiri. Minggu lepas paling hebat dengan 1 kenduri sebelah rumah, 2 kenduri di kampong bersebelahan dan 1 lagi kenduri di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Itupun tidak berkesempatan ke kenduri anak murid di Melaka!

Rumah pertama boleh lagi pinggan dibahagi 2 belah dengan Nasi Minyak dan Nasi Puteh. Rumah kedua mula memilih sesenduk Nasi Puteh berlaukkan menu ala kampong. Kalau ada ikan pekasam atau ikan masin dengan ulam-ulaman, boleh lagi perut diisi. Rumah ketiga terus ke meja hidangan pembasuh mulut macam bubur, laksa, rojak dan cendol. Rumah keempat hanya salam hulur-menghulur mengambil syarat kunjungan tunjuk muka!

Apapun sekadar peringatan kepada bakal-bakal tuan rumah yang akan menganjurkan majlis kenduri tidak kiralah sama majlis perkahwinan ataupun hanya doa selamat. Selain dari menu utama dan menu pembasuh mulut, jangan lupa air mineral atau air minuman (air kosong) dalam bekas berbotol mengiringi air Sirap atau sebagainya di atas meja.

Pilihlah dari bekas botol 1 liter. Elakkan guna bekas botol 0.5 liter atau bekas cawan 0.35 liter ataupun bekas besar 9.5 liter!

Satu bekas botol 1 liter boleh dikongsi ramai dengan beberapa cawan kosong diletakkan di sekeliling botol ini. Kalau guna bekas botol 0.5 liter mudah sangat “hilang”. Kalau bekas cawan 0.35 liter agak melecehkan. Kalau bekas 9.5 liter itu boleh basah alas meja kalau penuangnya tertumpah.

Jangan lupa air mineral atau air minuman ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

3 comments:

  1. Salam saudara Lokman, happy new year.
    Cakap pasal kenduri ni, aku berpendapat sudah sampai masanya tradisi perlu diubah, kenduri tidak tertumpu dihujung minggu sebaliknya boleh dibuat di hari biasa cuma 'arrangement'nya akan sedikit kritikal tapi perlu dirancang dengan rapi.
    Aku mengambil contoh di negeri Kedah yang yang dibuat pada hari ahad sedangkan hari ahad bagi negeri Kedah adalah hari bekerja.... kenduri masih berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  2. Assalam ya Shahlan

    Kalau ikutkan aku, kenduri perlu di-transform seperti berikut:

    1. Tetamu mesti sahkan kehadiran. Tanpa pengesaham tiada makanan disediakan - hanya boleh datang ziarah.

    2. Tetamu kena bayar - so tak payah nak hulur-hulur masa salam. Kena bayar sebelum datang iaitu semasa pengesahann. Bayaran secara on-line.

    3. Menu utama tak semstinya nasi - unah kpod Roti Arab ka!

    4. Byk lagi nantilah aku tulis pjg.

    ReplyDelete
  3. Salam. Walau dah moden macam mana pun, saya tetap rasakan kenduri pada masa kita dulu-dulu tahun 70an lagi meriah. Walau tanpa makanan moden seperti sekarang malahan tiada pun h/phone untuk berhubung, tetapi adik beradi dan sanak saudara dapat berkumpul beramai-ramai memeriahkan majlis. Best....teringat kenangan di Lenggong, Perak masa lalu...kenangan mengusik jiwa.

    ReplyDelete