Tuesday, January 03, 2012

Karai – Jambatan Besi



Karai – Jambatan Besi

Sesiapa yang pertama-kali menaiki bas loncat (dahulu Bas Reliance- Ipoh Kuala Kangsar Green Bus) dari Kuala Kangsar ke Ipoh pasti tertanya-tanya mengapa bas ini membelok ke kiri ke satu simpang menghala ke Enggor sebaik sahaja melepasi Jambatan Iskandar.

Laluan bas ini semakin sempit hinggalah sampai ke pekan kecil Karai yang kemudiannya bas ini membuat u-turn kembali ke jalan utama menghala ke Ipoh.

Bagi mereka yang biasa ke Karai pasti mengetahui di sinilah terletak jambatan besi keretapi yang dikenali Jambatan Victoria.

Semasa kecil, aku pernah dibawa oleh orang tua aku ke Karai mengujungi rumah datuk aku sebelah ibu di sebuah kampong bernama Jamuan yang terletak di penghujung jambatan besi ini. Pengalaman berjalan kaki atau menaiki basikal di laluan sisi jambatan besi ini begitu mengujakan aku yang ketika itu berusia sekitar 5 atau 6 tahun. Selepas datuk meninggal (semasa aku darjah 1 rasanya), kami mula terputus hubungan dengan sanak-saudara di sana.

Tadi sewaktu mengemas-kini folder-folder lama dalam hard-disk, aku terjumpa kembali gambar-gambar yang aku ambil sekitar awal tahun 2005. Kini sudah ada jambatan baru menggantikan jambatan besi ini.

Cuti hujung minggu ini terasa dipanggil-panggil untuk mengunjungi semula jambatan besi ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/










Jambatan Victoria

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.

Sumber: http://www.mpkkpk.gov.my/victoria






9 comments:

  1. Salam. Tertarik saya dengan tajuk ini. Memang best dapat melihat gambar jambatan ini. Saya hanya perenah melalui jambatan ini dengan menaiki keretapi tetapi tidak pernah melihat secara dekat jambatan ini. Mungkin boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan untuk melawat ke Karai/Enggor yang telah semakin dilupakan dengan pembinaan Lebihraya Utara-Selatan.

    ReplyDelete
  2. eh kg jamuan tu perlu masuk ke karai ke? ingat dulu naik bas, bas akan masuk sampai ke pekan karai. lepas tu buat U turn. rasanya sekarang pun masih begitu.

    mengenai jambatan ini, saya tidak pernah tahu. ehhehe

    ReplyDelete
  3. Assalam

    1. The Rider In Black. Semasa bersekolah asrama di Ipoh (80-84), setiap kali cuti sek, perjalanan menaiki keretapi Ipoh-Taiping amat mengujakan terutama melalui jambatan ini dan juga terowong Bukit Berapit.

    2. Tentang Seseorang - bas hanya ke Karai dan perlu berjalan kaki menaiki jambatan besi ke Jamuan.

    ReplyDelete
  4. Emm,mcm jmbtn dlm citer hantu kak limah..betul ke?

    ReplyDelete
  5. Kecantikan sejarah yang perlu dipelihara dan dipulihara.

    ReplyDelete
  6. mase kecik2 dulu jambatan=rotak ni la yg teman ari2 lalu nk pi sek kare..nostalgia sggh...

    ReplyDelete