Monday, April 30, 2012

Lontong - terubat sudah keinginan


Lontong - terubat sudah keinginan

Hampir sebulan selepas posting aku mengenai Lontong, aku hanya dapat mencicipnya di hujung minggu baru-baru ini. Dalam masa sebulan itu acap-kali aku ke Pasar Malam Medan Kamunting menjengah gerai yang biasa aku beli Lontong ini. Setiap kali jengahan aku pasti hampa sebab gerainya tiada. Mulanya penjaja bersebelahan gerai ini memaklumkan penjaja Lontong ini tidak meniaga kerana ada kenduri. Minggu seterus aku menjengah lagi dan hampa lagi. Tak kan ada kenduri lagi! Minggu seterus-terusnya begitu juga!

Pada masa yang sama orang rumah seorang aku itu mempelawa untuk memasak Lontong. Dek kerana ingin mencicipi sekadar rasa, aku tidak mahu dia memasaknya. Kalau masak mahu seperiuk bok dan hasilnya mesti terkedang aku melahapnya.

Akhirnya setelah hampir sebulan dan penjaja di Pasar Malam itu tidak muncul-muncul, termasaklah juga Lontong di rumah. Apa lagi dari hasrat hanya ingin mencicipi sekadar rasa, sudah jadi terkedang aku melahapnya.

Ramuannya lengkap - Nasi Himpit dengan Kuah Masak Lemak Lodeh pelbagai sayuran. Kuah Kacang dan Sambal Tumis Ikan Bilis. Cuma Rendang Ayam pengganti Rendang Daging.

Mujurlah juga dalam tempoh hampir sebulan itu aku tidak kempunan! Kempunan? Macamlah tak makan sebelum ini!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/




No comments:

Post a Comment