Masih relevant lagi ke “akhbar dalam darjah”?
Antara sebab mengapa aku belajar membaca ialah keinginan amat sangat untuk membaca dan memahami tulisan kartun (komik) di dalam akhbar. Kemudiannya keinginan ini berkembang ingin tahu apa berita yang dimuatkan di dalam akhbar.
Di sekolah rendah (awal 70an), aku didedahkan dengan program “akhbar dalam darjah”. Hampir kesemua berita di dalam helaian akhbar akan digunting guru dan kemudiannya dibincangkan bersama guru dan rakan-rakan sekelas yang lain. Ada kalanya akhbar yang sama terpaksa dibeli dua naskah kerana adanya berita di kedua-dua belah helaian mukasurat yang hendak dibincangkan.
Di sekolah menengah, tidak ada sangat program perbincangan sebegini tapi masih ada guru yang prihatin menggunakan akhbar untuk berkongsi isu semasa dengan kami sebagai anak murid. Di sekolah menengah juga helaian akhbar akan dipamerkan di papan kenyataan dan membolehkan murid-murid membacanya beramai-ramai.
Tetapi akhbar keluaran bertarikh 2 Mei 2012 semalam meloya dan menakutkan aku. Adakah selepas ini akhbar juga akan dikategorikan sebagai Umum, 18SX dan sebagainya?
Sebagai pembaca,aku merasakan pendedahan salah laku tidak kiralah pemimpin kerajaan ataupun pembangkang tidak menjadi kesalahan untuk dilaporkan di dalam akhbar. Tetapi cara laporam yang terlalu terperinci bukanlah bentuk laporan sebenar akhbar. Akhbar bukan majalah atau novel lucah atau dalam bahasa modennya porno! Akhbar dijual secara berleluasa tanpa kekangan umur pembacanya. Malah ramai wakil rakyat yang menaja akhbar-akhbar untuk sekolah di kawasan ADUN mereka termasuklahjuga akhbar yang tertera dalam gambar di atas.
Semasa isu liwat didedahkan dalam mahkamah dahulu, seorang guru sekolah rendah pernah memberitahu aku beliau tergaman apabila salah seorang anak muridnya di tahun tiga bertanyakan adakah sama maksud “oral taken medicine” dengan “oral sex” dalam kelas matapelajaran sains.
Semasa era 70an dahulu kami (pelajar sekolah kampong) selalu diperli oleh pelajar sekolah di Bandar dengan kata-kata; kalau nak cepat mahir belajar Bahasa Inggeris, belajarlah dengan kata-kata (vocabulary) di dinding dalam tandas awam ataupun di belakang kerusi bas sekolah barisan belakang sekali!
Nampaknya kini kata-kata (vocabulary) ini boleh dipelajari dari dada akhbar malah terus dari muka surat hadapan. Itu belum lagi dengan dedahan dari sumber internet!
Tinjauan aku hari ini mendapati penerbit akhbar harian di atas telah “mengelapkan” beberapa keping gambar yang amat keterlaluan dalam website arkib mereka. Adakah kerana rasa bersalah ataupun diarahkan berbuat demikian?
Di manakah akta penerbitan yang berkaitan dengan pempameran gambar-gambar lucah sebegini dan juga berita-berita seumpamanya? Jangan sampai akhbar-akhbar di atas bertarikh keluaran 2 Mei 2012 akan menjadi sebutan sedekad lagi seperti mana generasi murid sekolah 70an yang masih ada mengingati babak-babak memberahikan dalam buku Mona Gersang, Terbang Bebas Hinggap Tak berkaki dan sebagainya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
salam Man, satu paparan menarik dan aku amat teruja, ini adalah satu sebab mengapa aku takut membeli akhbar dan menyimpan dirumah.
ReplyDeleteAntara sebab saya jarang membaca akhbar sekarang adalah kerana perkara yang telah tuan bincangkan.
ReplyDeleteSemakin jauh dan panas cerita yang dipersembahkan. Tapi, untuk makluman Akhbar sekarang ada juga yang berunsur "tabloid"...mungkin sebab itulah siaran gambar2 adalah seperti dalam majalah.
Assalam Abu Umairah dan Muttallif
ReplyDeleteAkhbar masih boleh dikategori bahan bacaan yang murah dan mudah didapati di mana jua. Sepatutnya sidang editorial akhbar "mengawal" akhbar mereka supaya tidak bertukar menjadi bahan bacaan terlarang.
Akhbar dah jadi bahan porno dan akhbar dalam darjah patut ditiadakan lagi. Takkan akhbar sebegitu mahu disimpan dalam perpustakaan.
ReplyDelete