2012 Malaysian MotoGp 19-21 Okt 2012
Syabas Zulfahmi! Syabas Hafizh! Kejayaan kamu berdua membuka mata mereka.
Tiada yang lebih menarik dari berperjalanan dua beranak ke MotoGp kali ini. Aku dan anak jantan aku seorang itu! Isteri aku seorang itu pula terlibat dengan aktiviti jabatannya pada hujung minggu yang sama. Bujang dua beranaklah kami!
Walaupun kunjungan aku ke MotoGp ini atas tugasan tapi masanya agak flexible untuk bersama dengan anak jantan aku seorang itu.
Kami memulakan perjalanan dari Kamunting, singgah di Ipoh (sanggup keluar highway!) untuk perkena Nasi Ganja.
Di Sepang pula kami sengaja memilih tempat bermalam di Bagan Lalang sekitar 30 km dari trek. Jika ada masa sekang, hendak juga berlibur di pantai. Terjumpa Extreme Park yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja Bangladesh tetapi perkhidmatannya memuaskan!
Di Paddock, anak jantan aku seorang itu berpeluang bergambar dengan Rossi, pelumba pujaannya semenjak dari kecil lagi. Terserempak juga dengan Hafizh syahrin dan Fuad Burhanuddin bersama adik-beradiknya.
Di Mall Promotion Area pula terserempak dengan Musyrif Speedrider, kenalan kaki motor dari Penang ini.
Bukan janji tapi harapan! Semoga aku sihat dan masih bertenaga untuk backpacking adventure dengan anak jantan aku seorang itu semasa cuti zaman kolejnya nanti. Sudah terbayang menaiki keretapi di India dan China sebelum ke Eropah.
lukmanw@gmail.com
Posting berkaitan:-
Alhamdulillah dapat jumpa bang Man. Rasanya dah 2 tahun tak jumpa selepas kita makan Koey Teow Goreng kat Seberang Jaya dulu. Maaf tak dapat borak lama... Jadual pack betulllll.....
ReplyDelete