Tuesday, May 07, 2013

Awak tak ada pesbok?



Awak tak ada pesbok?

Agak aneh kalau takala ini jika seseorang itu memberi jawapan ya-tiada jika ditanya soalan di atas.

Ada yang berumur selewat 90an dan semuda 4 tahun sudah memiliki akaun facebook ciptaan Mark Zuckerberg pada Februari 2004 bersama-sama dengan beberapa rakannya di Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Kegilaan berfacebook ini amat ketara apatah lagi ianya kini mudah dilayari melalui telefon pintar. Malah ramai yang kaki blog sudah membiarkan laman blog mereka bersawang kerana kini sudah beraleh minat mengkinikan (update?) status dalam facebook. Saya tak pasti kepopulariti facebook jika dibandingkan dengan twitter dan histogram kerana kedua-dua “mainan” alafbaru ini tidak saya mesrai!

Ada yang mengajak saya bertaruh sehingga bilakah laman social Facebook ini akan popular?

Terus-terang saya katakan saya memang ada akaun facebook tetapi tidak aktif dan hanya menerima jemputan berkawan dengan rakan sekolah saya sahaja. Ramai juga yang kehairanan mengapa saya tidak menerima permohonan mereka untuk “berkawan” terutama pelajar-pelajar saya sendiri. Saya tiada jawapan khusus jika ditanya mengapa malah isteri dan anak saya (setakat ini) juga tidak termasuk dalam senarai family atau friends saya!

Sebenarnya bersesuaian dengan saranan (dari kerajaan?) agar menjadikan facebook sebagai medium perhubungan. Ramai rakan pensyarah yang menjadikan facebook sebagai medium perhubungan dan amat berkesan jika ada maklumat saat terakhir seperti penukaran dan pembatalan kelas dan sebagainya.

Kegilaan mengemaskini lokasi (check-in?) juga agak pelek kepada saya terutama yang bertalu-talu mengemaskininya walaupun hanya bersela beberapa jam atau minit!

Terbaru saya dapati facebook menjadi medan peperangan “keyboard” (mulut?) di antara penyokong-penyokong tegar parti politik yang mereka sokong. Di samping itu berterusan facebook menjadi pasar atas talian dengan pelbagai barangan terutama produk wanita ditawarkan. Sudah menjadi bagaikan iklan di kaca tv pula!

Dari masa ke semasa walaupun tidak aktif berfacebook saya masih berterusan menerima mesej-mesej dari mereka yang tidak dikenali untuk “berkawan”, berkongsi projek (projek?) dan sebagainya.

Awak tak ada pesbok?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Posting berkaitan di sini.

No comments:

Post a Comment