Awak tak ada pesbok?
Agak aneh kalau takala ini jika seseorang itu memberi jawapan ya-tiada jika ditanya soalan di atas.
Ada yang berumur selewat 90an dan semuda 4 tahun sudah
memiliki akaun facebook ciptaan Mark
Zuckerberg pada Februari 2004 bersama-sama dengan beberapa rakannya
di Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Kegilaan berfacebook ini amat
ketara apatah lagi ianya kini mudah dilayari melalui telefon pintar. Malah
ramai yang kaki blog sudah membiarkan laman blog mereka bersawang kerana kini
sudah beraleh minat mengkinikan (update?) status dalam facebook. Saya tak pasti
kepopulariti facebook jika dibandingkan dengan twitter dan histogram kerana
kedua-dua “mainan” alafbaru ini tidak saya mesrai!
Ada yang mengajak saya
bertaruh sehingga bilakah laman social Facebook ini akan popular?
Terus-terang saya katakan saya
memang ada akaun facebook tetapi tidak aktif dan hanya menerima jemputan
berkawan dengan rakan sekolah saya sahaja. Ramai juga yang kehairanan mengapa
saya tidak menerima permohonan mereka untuk “berkawan” terutama pelajar-pelajar
saya sendiri. Saya tiada jawapan khusus jika ditanya mengapa malah isteri dan
anak saya (setakat ini) juga tidak termasuk dalam senarai family atau friends
saya!
Sebenarnya bersesuaian dengan
saranan (dari kerajaan?) agar menjadikan facebook sebagai medium perhubungan. Ramai
rakan pensyarah yang menjadikan facebook sebagai medium perhubungan dan amat
berkesan jika ada maklumat saat terakhir seperti penukaran dan pembatalan kelas
dan sebagainya.
Kegilaan mengemaskini lokasi
(check-in?) juga agak pelek kepada saya terutama yang bertalu-talu
mengemaskininya walaupun hanya bersela beberapa jam atau minit!
Terbaru saya dapati facebook
menjadi medan peperangan “keyboard” (mulut?) di antara penyokong-penyokong
tegar parti politik yang mereka sokong. Di samping itu berterusan facebook
menjadi pasar atas talian dengan pelbagai barangan terutama produk wanita
ditawarkan. Sudah menjadi bagaikan iklan di kaca tv pula!
Dari masa ke semasa walaupun
tidak aktif berfacebook saya masih berterusan menerima mesej-mesej dari mereka
yang tidak dikenali untuk “berkawan”, berkongsi projek (projek?) dan
sebagainya.
Awak tak ada pesbok?
No comments:
Post a Comment