Friday, May 10, 2013

Kuih Kapit @ Sepit


Kuih Kapit @ Sepit

Semalam setibanya di rumah aku di Kamunting dari Sintok ada satu tupperware yang di dalamnya ada Kuih Kapit atau Kuih Sepit ini di atas meja ruang dapur rumah. Tak pasti dari mana orang rumah aku seorang itu mendapatkannya. Apa yang pasti bukan dia yang buat!

Kuih ini sekarang mudah dibeli di kedai. Ada 3-segi, ada 4-segi dan ada bergulung. Ada yang panggil Kuih Kapit, ada yang panggil Kuih Sepit dan ada yang panggil Love Letter (Surat Cinta?)

Khabarnya dipanggil Love Letter disebabkan di dalam kuih ini pasangan dahulu-kala menyelitkan surat cinta kepada pasangan masing-masing.

Mungkin ada kebenarannya kerana bagi aku di era awal 80an dulu kuih ini dibeli bukan bertujuan untuk dimakan! Kami kanak-kanak ketika itu membelinya kerana di dalam lipatan kuih ini ada kertas berlipat dan bernombor di dalamnya! Kalau bernasih-baik nombor itu merujuk kepada duit (syiling) yang akan dimenangi. Itulah judi tikam yang menjadi permainan kami ketika itu.

Kedai runcit Cina di Jalan Wat Siam ketika itu memang terkenal dan popular di kalangan kanak-kanak untuk mencuba nasib.

Tiba-tiba aku merindui ais-krim tikam pula! Ada sesiapa tahu di mana boleh dicari ais-krim ala Wheel-of-fortune (roda impian) ini?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment