Jalan Wat Siam ini terletak di Kampung Pinang, Kamunting di mana aku menghabiskan zaman darjah 5 dan 6 di sini.
Kalau sesiapa yang pernah baca novel Salina, karya besar Sasterawan Negara yang berjambang dan berjanggut puteh itu, Jalan Wat Siam ini umpama Kampung Pisang. Komunitinya kecil dengan orang-orang kecil berjiwa besar.
Kalau di dalam kelas, sebut sahaja duduk di Jalan Wat Siam, bukan sahaja kawan sekelas, cikgupun akan terdiam sekejab sambil merenung.
Di Jalan Wat Siam ini penguninya pelbagai bangsa, Melayu, China, India, Siam, Punjabi dan sebagainya. Dari kerja guru, askar, jaga (bapak aku), budak pejabat, kerani bank, pelayan bar, bouncher kelab malam, peniaga pasar malam, penjual ubat, guru ngaji Quran, tok bomoh sepenuh masa dan lain-lain. Apa yang pasti kebanyakannya mereka ini bekerja di sebelah malam. Sebelah siangnya riuh seperti hari minggu.
Ada Wat Budha (mungkin sebab itu dikenali sebagai Jalan Wat Siam), ada kilang roti kelapa (sampai sekarang aku tak lalu makan roti kelapa!), ada dua kedai runcit, satu kedai basikal dan satu gelanggang badminton berlantai tanah dan garisan buat dari kayu dua, satu. Sampai sekarang geng badminton Jalan Wat Siam memang terkuat di Kamunting.
Kebanyakan komuniti di sini adalah penyewa termasuk mak bapak aku. Rumah yang sepatutnya sebiji dibuat penghadang yang boleh disewa dua keluarga. Malah ada yang sampai boleh disewa tiga, empat keluarga.
Tetapi komuniti pelbagai bangsa, agama dan kerja di Jalan Wat Siam saling hormati-menghormati sesama lain. Siam, bouncher kelab yang bertatoo di bahu, aku boleh nampak tatoo dia sebab selalu pakai singlet nampak bulu ketiak, akan menyapa bapak aku kalau dia balik dari jaga kilang jam 12.00 tengah malam. Kalau mak aku balik kedai dengan banyak barang, ada sahaja budak-budak Siam yang kerja malam ini menolong membimbitnya.
Tak pernah terdengar kes pecah rumah, ragut dan rogol jauhlah sekali. Kalau sekali-sekala kes perkena ganja dan kena angkut naik lori black maria memang adat anak muda.
Aku masih ingat kes anak jiran sebaya aku ketika itu yang lari rumah sebab kena pukul bapanya. Hanya kes kecil dan budak ini takut balik rumah sampai pukul 10 malam. Habis satu penghuni Jalan Wat Siam ini keluar masuk jalan dan lorong yang ada di Kampung Pinang pergi mencarinya. Akhirnya ”Kathy” yang belum sempat bersiap pergi kerja ”syift” lewat malam di Lake Garden terjumpa budak ini menyorok dalam longkang.
Walaupun sekarang bapa dan mak aku sudah lama meninggalkan Jalan Wat Siam itu tetapi kalau aku terjumpa komuniti-komuniti Jalan Wat Siam ini mesti dia orang tanya khabar bapa dan mak aku.
Sekali itu (dua, tiga tahun lepas) aku dalam kereta member, tiba-tiba masa nak parking depan restoran mamak, ada dua, tiga orang mari pegang member aku. Rupa-rupanya kaki tarik kereta nak tarik kereta member aku itu sebab empat bulan sudah tak bayar bank. Alih-alih seorang kaki tarik kereta itu kenal aku, sama-sama pernah menjadi penghuni Jalan Wat Siam. Tak apalah brother, katanya. Kali ini dia orang bagi chance, pergi settle mana patut tapi lain kali sorry. Makan free hari itu member yang sudah panik ini belanja aku!
Itulah komuniti Jalan Wat Siam.
lukmanw@gmail.com

9 comments:
hai,,saya pun orang wat siam..tinggal kat mana ..rumah teh ahba ka.595 jalan wats siam kenal kot...
Jack
Keluarga saya menyewa rumah no 500A Jln Wat Siam tahun 78 & 79 semasa saya darjah 5 & 6.
Rumah kami bersetentang dengan rumah mendiang Siam Abon
abang dia nama ah kam ka..u kenal net,ah chok,dekdek..sekarang umah tu, belakang ada bengkel keta kan..sebab apa byk sangat nama ah bon.tapi kalau yg mendiang tu umah dia yg batu tu la..
Jack
Mmg betui Ah Kam tu dan saya mmg kenai semua Net, Ah Chok dan Dekdek.
Sorang lagi yg kerja Public Bank Kmtg skrg.
Tapi Jack saya tak pasti mana satu.
saya kecik lagi kot,drang panggil saya kojak..ya la ah chok kat public bank kamunting,,net tu abang saya..
La hang ka Kojak
Mana aku tak kenai - aku orang panggil HAKIM.
Masa di KL (86 - 89) aku sewa bilik Abang Rahim.
ya ka..mana nak tau hahaha..face book ada ka..mohd foazi(jack)accnt fb.
Jack (pandai hang pilih nama dari Kojak!)
Kak hang Rohani dok mana? Org rmh aku cari (sekelas dgn dia di AllSaint).
Hang dok mana la ni Kojak? Nik dok mana? Dulu pernah jumpa dia di Bkt Jana.
Lukman
saya dok kat kl ,,sama dgn rohani,satu blok,taman desa old klang road.nik kat expo blakang sekolah tamil.
Post a Comment